Fadlan Hazim Dedah Alami Masalah Kesihatan Mental

Asraf Aided
Julai 7, 2020 10:55 MYT
Pelakon Fadlan Hazim mendedahkan dia mengalami masalah kesihatan mental.
Menurut Fadzlan, dia telah menyembunyikan perkara itu dan mengelak untuk mendapatkan rawatan secara profesional sejak zaman remajanya.
"Saya sudah sembunyikan tentang masalah kesihatan mental yang dialami, dan mengelak untuk mendapatkan rawatan secara profesional sejak zaman remaja dahulu," kongsinya.
Dalam pada itu, Fadlan seolah-olah memberi gambaran yang dia akan mendapatkan rawatan profesional dalam masa terdekat.
"Saya ingat saya baik-baik sahaja, betapa bodohnya saya, sekarang tiba lah masanya, doakan yang baik-baik untuk saya," tambahnya menerusi kapsyen di Instagram.
Perkongsian itu mendapat perhatian daripada para pengikut Fadlan menerusi ruangan komen.
Rata-rata mereka meninggalkan kata-kata positif untuk memberi semangat dan mendoakan agar urusan pelakon kesayangan mereka itu dipermudahkan oleh Yang Maha Esa.
"Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk boss.
"Keep strong Abang.
"Semoga dipermudahkan semuanya," tulis beberapa wargamaya.
Terdahulu, Fadlan pernah membintangi filem Sangkar dan beberapa filem lain antaranya Banglo Berkunci dan Jibam.
#pelakon #Pelakon #Fadlan Hazim