gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
SUKAN
Bintang Liverpool Diogo Jota Meninggal Dunia Nahas Jalan Raya, Dua Minggu Selepas Berkahwin
HIBURAN
Terdetik Rasa Nak Buka Tudung, Tapi Kilafairy Masih Ingat Allah - "Iman Turun Naik, Biasalah Manusia”
HIBURAN
Along Cham Dakwa Afreena Bersekedudukan Dengan Bekas Suami Kedua, Serah Bukti Rakaman Audio
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Fadlan Hazim Tayang Badan Di Bali, Tatu Palsu Di Betis Jadi Sorotan Netizen - "Kami Fans Takut Jatuh Fitnah"

Amri Hassan
Amri Hassan
07/05/2022
01:55 MYT
Sponsor Banner
Fadlan Hazim Tayang Badan Di Bali, Tatu Palsu Di Betis Jadi Sorotan Netizen - "Kami Fans Takut Jatuh Fitnah"
Pelakon Fadlan Hazim antara selebriti tempatan yang meluangkan masa cuti sempena sambutan Aidilfitri tahun ini dengan berehat di pulau Bali, Indonesia.
Menerusi kemaskini foto di media sosialnya sejak beberapa hari lalu, Fadlan sempat berkunjung ke beberapa lokasi ikonik tumpuan pelancong antaranya di Uluwatu dan Pantai Kuta.
Malah, menerusi hantaran terbaharu di Instagramnya, Fadlan berkongsi beberapa keping fotonya yang tidak berbaju sambil bersantai di tepi pantai yang dipenuhi dengan kehadiran pelancong.
Namun, yang menjadi tumpuan netizen serta peminatnya adalah tatu palsu pada bahagian betis kanannya yang dilekatkan ketika berada di sana.
Peminatnya risau, seandainya tatu itu disalahanggap oleh segelintir pihak dan mengundang fitnah.
"Pakai tatu ker bang? Takut jatuh fitnah ja.
"Maaf bang, kami ni sebagai peminat abang takut benda macam inilah, kami ni tengok dari gambar mana nak tahu tu tatu real ke, fake atau inai.
"Suka betul kumpul fitnah. Baik cakap awal-awal tatu tu sementara," tulis beberapa pengguna.
Fadlan bagaimanapun tidak berdiam diri sebaliknya mengandaikan setiap peminatnya sudah bijak untuk menilai.
"Tak payah kot, korang semua cukup bijak dah. Ye doh. Ntah-ntah orang kahwin pun pakai tatu kat tangan weh," tulis Fadlan.
Bagaimanapun, ada antara peminatnya yang meminta agar warganet tidak terburu-buru meletakkan hukum dan menganggap hal (tatu sementara) itu secara terbuka.
"Tu benda biasa jelah. Just for fun. It's okay. Memang orang pergi sana banyak je buat macam tu. Relax yer. Kita buat apa yang kita suka bila dapat off work macam ni," demikian pujuk peminatnya.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Viral
#Indonesia
#Fadlan Hazim
#Tatu
#Bali
#Sementara
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement