Hiburan

Fahrin Ahmad Dah Bagi 'Hint' Pada Isteri Mahu Tambah Anak

Syafiqah Jalal
10/03/2017
04:09 MYT
Pelakon Fahrin Ahmad akui sudah menyatakan hasrat kepada isterinya, Elena Hani Eleas untuk menambah cahaya mata dalam keluarganya.
Fahrin Ahmad berkata mereka perlu merancang lebih awal untuk menambah zuriat kerana usia isterinya tahun ini bakal mencecah 40 tahun.
"Orang kata rezeki itu semua datang dari Allah tetapi kami ada merancang untuk menimang cahaya mata kedua dalam jangka masa yang terdekat.
"Bagi saya perlu cepat lah memandangkan usia isteri saya pun bakal mencecah 40 tahun tahun ini dan tidak elok jika dilambatkan.
"Saya sudah bagi hint mengenai ini, malah saya sempat menyakatnya supaya mahu timang anak kembar pula bagi kelahiran kedua.
"Namun saya tidaklah mendesaknya, saya akan tunggu bila dia sudah bersedia dan anak saya pertama ini sudah membesar sedikit dalam setahun begitu," katanya kepada Astro Gempak.
Fahrin ditemui ketika majlis penyampai hadiah Go Shop kepada pembeli setia rangkaian membeli belah tersebut semalam.
Bercerita mengenai cahaya pertamanya, Khalifa Fahrel yang kini berusia lima bulan setengah , Fahrin memberitahu dia seronok melihat perkembangan anaknya di depan mata.
"Pengalaman menjadi bapa memang sangat seronok, lebih-lebih lagi melihat anak kita membesar depan mata kita.
"Kadang-kadang saya teruja hendak melihat perkembangan dia setiap hari kerana ia akan berubah-ubah setiap hari," katanya lagi.
Teks oleh Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

"Saya Dapat Banyak DM Bertanya Tentang ..." - Fahrin Ahmad

gempak
22/10/2022
15:50 MYT
Fahrin Ahmad terlibat dalam kempen E-Waste!
Laman Utama

Lari Dari Rumah Orang Tua & Kejar UFO, Ini 5 Perkara Menarik Yang Perlu Korang Tahu Tentang Operasi UFO!

gempak
12/02/2022
04:32 MYT
Operasi UFO dah start tayang di Astro First!
Laman Utama

“Bila Dah Sampai Tiga Kali Maknanya…” Tikam Belakang? Fahrin Ahmad Nasihat Pilih Kawan Yang Betul

gempak
06/12/2021
13:00 MYT
Satu dua kali okay lagi, masuk yang ketiga tu hmmm fikir-fikir la sendiri ek.
Laman Utama

Lelaki Pun Perlu Jaga Penampilan, Fahrin Ahmad Tegangkan Muka Di Klinik Estetik?

gempak
20/11/2021
05:50 MYT
Patutlah makin kacak dan berseri-seri!
Hiburan

"Belajar Tinggi-Tinggi Tup Tap Berlakon" - Keluarga Bising Dr. Say Jadi Pelakon, Tapi Ini Nasihat Fahrin Ahmad ...

gempak
20/08/2020
23:45 MYT
Wah! Dr. Say Shazril jadi pelakon pula?