Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Faisal Halim Sedih & Terkesan Dengan Keputusan Kim Pan-gon Letak Jawatan - “Saya Masih Ingat Dua Bulan Lepas Jurulatih Datang Ke Hospital & Berikan…”

Asyikin Mayudin
17/07/2024 04:25 MYT
Keputusan Kim Pan-gon melepaskan jawatan selaku ketua jurulatih pasukan kebangsaan berkuat kuasa pada Selasa membuatkan pemain bola sepak Faisal Halim berasa sedih dan terkesan.

Kata Sokongan & Semangat

Menerusi hantaran di Instagram Story, Faisal berkata, Kim Pan-gon antara individu yang tidak pernah putus memberikan sokongan kepadanya untuk bangkit semula selepas insiden disimbah asid.

"Berita yang sangat menyedihkan. Saya masih ingat dua bulan lepas jurulatih (Kim Pan-gon) datang ke hospital dan berikan saya sokongan dan kekuatan.

"Jurulatih duduk dekat saya dan kata, ‘Faisal saya ingin melihat awak kembali kuat untuk pasukan kebangsaan. Saya akan memberi sokongan dan percaya pada saya yang awak akan menjadi lebih kuat’,” tulis Faisal.

Ucapan Terima Kasih

Pada perkongsian yang sama, Faisal yang mesra dengan sapaan Mickey menitipkan ucapan terima kasih kepada Kim Pan-gon di atas tunjuk ajar yang diberikan.

"Terima kasih untuk segalanya jurulatih Kim Pan-gon,” katanya lagi.

Menerusi satu sesi sidang media khas pada Selasa, Kim Pan-gon mengumumkan perletakkan jawatan sebagai jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, bagaimanapun dia tidak mendedahkan alasan terperinci di sebalik keputusan yang dibuat.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Kim Pan-gon Bukan Lagi Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan

ARTIKEL BERKAITAN: Faisal Halim Tidak Mahu Terus Menyorok, Mohon Doa Cepat Sembuh - “Saya Nak Jalani Kehidupan Seperti Manusia Lain”

ARTIKEL BERKAITAN: Faisal Halim Perlu Diberi Bantuan Psikososial – “Beliau Perlu Terima Rawatan Menghadapi Trauma & Kena Ada Kumpulan Sokongan Yang Baik”

ARTIKEL BERKAITAN: Motif Serangan Terhadap Faisal Halim Belum Dapat Ditentukan

#Simbah Asid #Kim Pan Gon #Faisal Halim #Faisal simbah asid #Jurulatih skuad kebangsaan