,
Terkini

Faizal Hussein Terkilan Babak Aksi Lakonan Tidak Ditayang!

Zulaikha Yusof
12/10/2018
04:37 MYT
Pelakon Faizal Hussein mengakui dia terkilan apabila terdapat babak lakonannya dalam filem Kalla: Hidup atau Mati tidak ditayangkan di panggung wayang.
Menurut Faizal, dia terpaksa akur dengan keputusan pihak panggung wayang yang menetapkan hanya 90 minit saja masa tayangan.
"Saya tidak pernah puas dengan apa yang telah dilakukan.
"Kalau mengikut keseluruhan kualiti, saya terkilan kerana hasil kerja selama 120 minit terpaksa dipotong ke 90 minit.
"Pihak panggung wayang telah menetapkan keputusan hanya 90 minit saja yang akan ditayangkan," katanya.
Faizal ditemui ketika malam tayangan filem Kalla: Hidup Atau Mati di GSC Signature The Garden Mall, Kuala Lumpur.
Pelakon ini berkata, sepatutnya jika skrip sudah diluluskan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), ia tidak boleh dipendekkan.
"Namun, jika harus dilakukan juga, pendekkan melalui skrip filem Kalla: Hidup atau Mati bukan selepas semua babak lakonan selesai dilakonkan.
"Bagi saya, perkara itu perlu dibetulkan kerana banyak babak aksi yang hebat tidak ditayangkan," katanya kepada Gempak.
Selain Faizal, filem Kalla: Hidup atau Mati turut dibintangi oleh Azhan Rani, Vanidah Imran, Farali Khan, Adam Shahz, Farah Ahmad dan ramai lagi.
Filem Kalla: Hidup atau Mati sudah mula ditayangkan di pawagam mulai 11 Oktober 2018.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pelakon Kantoi Dengan Sugar Daddy, Sampai Minta Pembantu Peribadi ‘Deal’ Dengan Isteri Pertama Untuk Redakan Keadaan

gempak
07/09/2024
05:55 MYT
Hanya memperkenalkan artis tersebut sebagai R, Hilmi memberitahu bahawa aktres berkenaan pernah ditangkap oleh isteri pertama skandalnya itu.
Hiburan

Tak Nak Peminat Bazir Duit Mengundi, Siti Khadijah Hanya Perlu Sokongan Peminat Untuk Terus Berada Dalam Industri - "Saya Tak Nak Berlakon Sampai Tua Sangat..."

gempak
07/09/2024
03:55 MYT
Tidak pernah menganggap diri popular, pelakon Siti Khadijah berkata dia enggan meletakkan harapan yang tinggi dalam kerjaya seninya terutama hal yang berkaitan dengan anugerah.
Hiburan

Apich Lo Tak Tergugat Dengan Hero Baru, Anggap Usia Bukan Penghalang - "Kalau Minat, Mesti Usaha"

gempak
05/09/2024
12:55 MYT
Baru bertapak dalam industri lakonan, pelakon Apich Lo meluahkan rasa syukur kerana diberi kepercayaan untuk membintangi filem Pontianak 200KG
Hiburan

Hun Haqeem Syukur 'Chemistry' Dengan Heroin Selalu Menjadi - "Kalau Penonton Suka, Saya Happy"

gempak
05/09/2024
08:25 MYT
Pelakon kacak Hun Haqeem bersyukur apabila peminat dan penonton menilai kredibiliti lakonannya bersama rakan gandingan wanita menjadi di layar kaca.
Bollywood

Preity Zinta Dedah Gagal Rawatan IVF Punca Guna Kaedah Ibu Tumpang

gempak
04/09/2024
14:50 MYT
Aktres Preity Zinta dan, Gene Goodenough, diketahui memiliki anak kembar Jai dan Gia yang lahir pada November 2021.