HIBURAN
Faizal Hussien Kekal Tenang & Positif, Tak Tertekan Dengan Isu Tular - “Kami Sebenarnya Tak Bersentuhan Pun…”
Pelakon, Faizal Hussein kekal tenang dan tidak mudah melatah dengan kata-kata panas yang dilemparkan biarpun lakonannya dalam drama Bidaah yang mengisahkan ajaran sesat menerima kecaman ramai.
Tidak tertekan
Faizal berkata, meskipun menjadi sasaran netizen yang tidak senang dengan watak Abuya yang dilakonkan namun dia tidak pernah menganggap perkara itu memberi tekanan buatnya kerana sebagai seorang pelakon, dia hanyalah menjalankan tugas seperti yang diamanahkan."Memang drama itu tengah tular sekarang. Telefon saya tidak henti-henti menerima notfikasi. Tapi saya tak pernah anggap itu satu tekanan pun.
“Anak-anak tidak juga tertekan dan tidak peduli pun. Mereka macam dah faham," katanya“Sebelum buat kerja lagi saya dah boleh tahu pasti akan jadi seperti ini (tular). Lebih-lebih lagi membabitkan babak yang saya dan Vanidah Imran lakonkan. Memang akan tular, tapi tular yang sihat.
Faizal berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media & Tayangan Perdana Program Raya Astro 2025 baru-baru ini.
Tidak bersentuhan, janggut palsu
Mengulas mengenai babak sensitif yang menjadi tular, Faizal berkata, dia percaya apa sahaja yang dipaparkan dalam skrip sesebuah naskhah, semuanya mempunyai mesej tersendiri yang ingin disampaikan.“Saya menghormati dia Erma sebagai penulis dan apa yang ditunjukkan itu adalah diangkat dari kisah besar."Macam babak kaki Vanidah sentuh janggut saya. Kami sebenarnya tak bersentuhan pun kerana itu adalah janggut palsu. “Untuk babak intim pula pengarah banyak bermain dengan kaedah artistik. Untuk babak orang cium kaki serta minum air basuhan kaki Abuya ia lebih kepada teknik helah kamera.
"Tak perlulah saya nak bercakap lebih lanjut. Dalam siri drama yang menyesatkan dalam Malaysia ini.
“Drama inilah paling dekat dengan realiti sebab saya rasa babak-babak yang ada dalam siri ini memang berdasarkan kisah benar," jelasnya.
Imej bersih
Jelas Faizal lagi, sebelum ini juga dia pernah cuba untuk memancing emosi netizen dengan watak kontroversi namun usaha itu gagal berikutan imej bersih yang ditampilkan."Pada saya orang tidak hairan. Maknanya orang anggap Faizal Hussein ini dia tunjuk apa pun orang dah tahu dia ok."Pernah juga saya lakonkan watak seorang pelumba dalam filem KL Wayangan. Sebelum berlakon saya minta kebenaran pengarah (Pekin Ibrahim) untuk menjadikan watak saya itu seorang yang sentiasa mabuk. "Jadi watak Rudy memang mabuk seanjang masa dalam cerita itu. Ia memang idea saya jadi saya nak tunjuk keburukan itu dalam dunia perlumbaan. “Disebabkan itu saya juga sudah bersedia untuk dikecam dan saya jangkakan ia akan jadi viral tapi ternyata tidak.
“Dia tak ada kontroversi itu ini. Bukan soal saya untouchable (tidak boleh disentuh). Sebenarnya alhamdulillah ini hanya lakonan," ujarnya.
Selain Faizal dan Vanidah, drama arahan Pali Yahya untuk siaran Viu itu turut menampilkan lakonan Fattah Amin, Riena Diana, Marisa Yasmin, Hasnul Rahmat, Fazlina Ahmad Daud, Fatiya Latiff dan ramai lagi.
Must-Watch Video