Hiburan

Faizdickie Siar Program Bual Bicara Menerusi Instagram

Kamaruddin Razal
12/03/2017
11:32 MYT
Personaliti media sosial, Faizdickie mengorak langkah menyiarkan program bual bicara santai menerusi laman Instagram miliknya.
Program yang diberi nama Knock Knock Apa Ittew disiarkan menerusi Instagram Live @faizdickievp.
"Saya menyiarkan program bual bicara secara santai setiap seminggu sekali. Selalunya, program yang diberi nama Knock Knock Apa Ittew disiarkan setiap Rabu.
"Pengisian program adalah lebih kepada variety show. Saya menjemput beberapa orang tetamu untuk membincangkan beberapa topik menarik.
"Sebelum ini, saya pernah menjemput jurulatih kecergasan, pramugara dan backpackers berpengalaman untuk berbincang mengenai topik pilihan.
"Saya menjemput mereka untuk berbincang mengenai topik yang jarang dibincangkan. Kali ini, menerusi kerjasama dengan portal membeli belah Section 1, saya menjemput Ziana Zain untuk ditemubual dalam episod 4," kata Faiz kepada Astro Gempak usai program bual biacaranya berlangsung baru-baru ini.
Ketika ditanya pendekatannya yang menggunakan laman Instagram sebagai landasan untuk menyiarkan program bual bicara miliknya, Faiz mahu menjadi perintis untuk menggunakan platform tersebut.
"Apabila laman Instagram mempunyai feature terbaru iaitu Instagram Live, idea untuk menerbitkan talkshow sendiri datang secara dengan tidak sengaja.
"Apa salahnya jika saya menggunakan landasan tersebut untuk menampilkan rancangan saya sendiri yang saya sajikan untuk pengikut laman Instagram saya. Saya mahu menjadi yang pertama dalam menerokai perkara baru ini," katanya lagi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Faizdickie Dah Tak Macam Dulu - “Masa Mula-Mula Bergelar Content Creator…”

gempak
17/10/2023
12:50 MYT
Banyak perubahan dalam kerjaya Faizdickie
Laman Utama

“Duduk Rumah Panjang Kaum Kelabit, Makan, Menyanyi” – Rindu Sarawak, Faizdickie Kongsi Momen Manis Di Borneo

gempak
28/05/2021
05:45 MYT
Bestnya dapan jalan-jalan Sarawak. Seronok baca pengalaman Faiz ni.
Laman Utama

"Tak British Pun, Kata Belajar Kat UK" - Netizen Perlekeh Bahasa Inggeris Faizdickie

gempak
25/02/2021
05:50 MYT
Tegur baik-baik ya...
Hiburan

Pecah Stigma! Kutipan Sumbangan Anjing Liar Faizdickie Mencecah....

gempak
02/12/2020
04:59 MYT
Ramai yang prihatin dengan nasib malang anjing ini!
Laman Utama

Tak Kedekut ilmu, Faizdickie Kongsi Perjalanan Kurus “Set Timing Kau Untuk Start Your Own Journey!”

gempak
21/10/2020
07:40 MYT
Personaliti media sosial, Faizdickie, berkongsi tips dan persediaan untuk melakukan transformasi diri ke arah kehidupan yang lebih sihat.