Falisha Crossley Sah Bergelar Isteri Mr Pilot

Mya Amri
Januari 2, 2017 06:27 MYT
Pelakon Falisha Crossley, 31, selamat bergelar suri hati kepada Mr. Pilot, Mohamad Rafiq Mohmad Arif, 32, semalam.
Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung du Masjid Darul Hana, Kuching dan dihadiri kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan kedua-dua belah pihak.
Pasangan mempelai itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Faisal Mohd Shah @ Freeman Crossley.
Falisha telah menerima mas kahwin berjumlah RM1,304,85 sen yang merupakan simbolik hari lahirnya iaitu pada 13 April 1985 manakala jumlah wang hantaran pula dirahsiakan.
Dalam pada itu. pihak pengantin perempuan juga menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak lelaki.
Falisha dan Rafiq telah pun diraikan dalam satu majlis resepsi bertempat Dewan Seri Rampai, Kuching pada hari yang sama di sebelah malam.
Terdahulu, Falisha dan Rafiq telah mengikat tali pertunangan pada 27 Ogos lalu.
Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto menarik pasangan ini yang diambil menerusi akaun Instagramnya.
#pelakon #Kahwin #Kahwin #Pelakon #Falisha Crossley