HIBURAN
Farah Nabilah ‘Angkut’ Anak Kurang Sihat Tinggal Di Hotel Selama Lima Hari Daripada Cuci Cadar - “Mental Health Comes First, Duit Boleh Cari”
Pelakon terkenal, Farah Nabilah mencuri perhatian ramai apabila membuat keputusan luar biasa demi menjaga kesihatan anaknya yang kurang sihat baru-baru ini.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Farah berkongsi bahawa anaknya mengalami batuk dan demam.
Menariknya, daripada memilih untuk mencuci dan menukar cadar di rumah, Farah memilih untuk berpindah sementara ke sebuah hotel selama lima hari.
Menurut Farah, keputusan itu diambil bagi memastikan persekitaran lebih bersih dan selesa untuk dia dan keluarga.
“Anak demam, batuk flu. Confirm muntah muntah kan?
“Duduk rumah basuh cadar (tidak). Tidur hotel 5 hari (ya) #mentalhealthcomesfirstduitbolehcari ,” tulisnya beserta video.
Dalam perkongsian berbeza, Farah turut berkongsi foto anaknya yang menerima rawatan.
Sekadar info, Farah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang Mohammed Amirul Yunus pada 20 Disember 2019 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Andre Omar, 6, dan Yusuf Gibran yang kini berusia dua tahun.