Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini

Farah Nabilah Mahu Ada Program Masakan Sendiri

Kamaruddin Razal 08/02/2018 | 11:00 MYT
Pelakon Farah Nabilah menyimpan impian untuk mempunyai program masakan sendiri satu hari nanti.
Biarpun mempunyai kelulusan dalam bidang psikologi, gadis ini sangat meminati bidang masakan.
“Apabila orang tahu saya suka memasak, saya mendapat banyak tawaran untuk menjadi artis jemputan dalam program masakan.
“Memandangkan bidang masakan merupakan ‘passion’ saya, saya senang hati memenuhi jemputan tersebut dan gembira untuk mempelajari sesuatu yang baru dari tukang masak berpengalaman,” kata Farah.
Tambah pelakon drama bersiri Papa Ricky ini, dia menyimpan impian untuk mempunyaj rancangan masakan sendiri satu hari nanti.
“Insya-Allah, satu hari nanti saya menyimpan hasrat untuk mempunyai rancangan masakan kelolaan saya sendiri.
“Saya memang meminati bidang ini dan mahu meneroka kebolehan saya dalam bidang kulinari,” katanya lagi.
Dalam perkembangan terbaru, Farah tercalon dalam kategori Aktres Pilihan dan Pasangan Pilihan (gandingan bersama Zul Ariffin) menerusi drama bersiri Titian Cinta di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018.
Anugerah DFKL 2018 mempertandingkan 11 kategori dan calon akan ditentukan berdasarkan jumlah undian.
Peminat boleh mengundi bakal pemenang menerusi laman web www.dfkl.com.my sehingga 1 Mac ini.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Farah
#pelakon #Pelakon #Farah Nabilah
;