Farahdhiya Sedih Kenang Setahun Pemergian Bapa
Asraf Aided
09/01/2021 11:45 MYT
09/01/2021 11:45 MYT
Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya mengenang pemergian bapanya, Mohd Amin Zubir yang genap setahun hari ini.
Perkara itu dikongsi Farahdhiya menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan wargamaya.
"Setahun lalu, hari dimana dunia saya runtuh, tepat pada 9 Januari 2020, sekitar waktu ini, saya kehilangan bapa tercinta.
"Hari ini, saya berkongsi foto ini ketika lima minit selepas doktor memberitahu dia sudah tidak boleh diselamatkan.
"Saya masih ingat, saya kecewa tak dapat mengawal diri, saya sangat sedih dan tak boleh tidur seminggu, sejujurnya, ia merupakan tahun yang sukar untuk saya, sekarang saya masih bertarung untuk meneruskan hidup tanpa bapa di sisi," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Bertakhta Di Hati ini juga memohon orang ramai untuk mendoakan serta menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah bapanya.
"I love you Dada, forever. Jaga dia untukku Ya Allah, please sedekahkan and say a littile prayer for my Dad? Thanks, Al-Fatihah," akhirinya.
Terdahulu, Gempak pada 9 Januari 2020 melaporkan bapa Farahdhiya mengehembuskan nafas terakhir pada usia 66 tahun.
Pada Ogos 2016, Allahyarham Mohd Amin pernah dimasukkan ke hospital kerana menghidap penyakit Sekatan Pulmonari Kronik (COPD).
Dan kemudiannya, pada September tahun sama, bapanya sekali lagi dikejarkan ke hospital kerana berdepan masalah paru-paru atau Pneumothorax.
BACA : Bapa Farahdhiya Meninggal Dunia