Hiburan

Bapa Farahdhiya Meninggal Dunia

gempak
Fiza Kamarudin
09/01/2020
09:09 MYT
Sponsor Banner
Bapa Farahdhiya Meninggal Dunia
Bapa kepada penyanyi dan pelakon Farahdhiya, Mohd Amin Zubir telah menghembuskan nafas terakhir pada petang Khamis.
Mohd Amin menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 66 tahun.
Khabar duka tersebut turut dikongsi rakan seperjuangan Farah di Gegar Vaganza 2 (GV 2), Haiza Hanafi.
Haiza telah memuat naik ucapan takziah kepada sahabatnya itu di laman sosial Instagram (IG) kira-kira pukul 4.00 petang tadi.
Innalillahiwa inna ilaihirooji'un... إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ‎أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار ‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. AlFatihah...
A post shared by حيزا (@haizahanafi) on
Pada Ogos 2016, Allahyarham Mohd Amin pernah dimasukkan ke hospital kerana menghidap penyakit Sekatan Pulmonari Kronik (COPD).
Dan kemudiannya pada September tahun sama, bapanya sekali lagi dikejarkan ke hospital kerana berdepan masalah paru-paru atau Pneumothorax.
Takziah daripada Gempak dan semoga Farahdhiya tabah menghadapi ujian ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live