Penyanyi dan pelakon Farahdhiya, 35, membuat keputusan untuk tidak menerima kunjungan tetamu ketika Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Kata Farahdhiya, sangat mustahil untuk setiap orang menjaga penjarakan sosial (social distancing) ketika berkumpul ramai di rumah.

"Salam saja nak tanya pendapat semua kalau korang dalam keadaan sekarang ni Covid-19 korang benarkan tak orang datang beraya di rumah korang?

"Untuk saya, I’m sorry, saya masih lagi takut jadi saya tak benarkan supaya kita dapat membendung Covid-19 ni, sebab tak mungkin kita dapat jaga social distancing bila dah berkumpul ramai-ramai dalam satu rumah," luahnya di Instagram (IG).

Dalam pada itu, pelantun lagu Bertakhta Di Hati turut berkongsi pengalamannya berdepan dengan golongan yang tidak patuh dengan SOP yang telah diarahkan oleh kerajaan.

"Saya pergi pasar semalam pun dah rasa takut, ramai tak pakai mask dan selamba je main tolak-tolak dan berdiri rapat-rapat macam takda apa-apa.

"Ya Allah serious seram. Jadi bagi saya insya-Allah bila semua ni selesai dan kalau panjang umur dapat lah kita berjumpa semula," katanya lagi.

Salam,saje nak tanya pendapat semua,kalau korang,dlm keadaan sekarang ni “covid 19” Korang benarkan tak org dtg beraya di rumah korang? For me,I’m sorry,saya masih lagi takut,so saya tak benarkan supaya kita dpt membendung covid 19 ni,sebab tak mungkin kita dpt jaga social distancing bila dah berkumpul ramai2 dlm 1 rumah,saya pegi pasar semalam pon dah rasa takut,ramai tak pakai mask dan selamba je main tolak2 and berdiri rapat2 mcm takde apa2,Ya Allah serious seram ? Jadi for me Insyaallah bila semua ni selesai dan kalau panjang umur dpt lah kita berjumpa semula ?

A post shared by farahdhiya_fd (@farahdhiya_fd) on


Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun 2020.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memutuskan untuk membenarkan aktiviti ziarah-menziarahi pada hari pertama perayaan dan hanya terhad kepada ahli keluarga terdekat.