Faralyna Idris Selamat Melahirkan Puteri Kedua, Namakan Fira Ayu

Syafiqah Jalal
Jun 28, 2018 06:37 MYT
Pelakon Faralyna Idris telah selamat melahirkan puteri keduanya pada 21 Jun lalu.
Selepas tujuh hari melahirkan, Faralyna telah memperkenalkan nama anaknya.
Menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, Faralyna berkongsi nama anak keduanya iaitu Fira Ayu.
Selain memperkenalkan nama, Faralyna buat pertama kalinya mendedahkan wajah bayinya.
Faralyna berkahwin dengan Muhammad Fikri pada 12 Disember 2014.
Pasangan ini mempunyai seorang lagi anak iaitu Fira Anggun yang berusia 2 tahun.
Foto: IG Faralyna Idris
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#pelakon #Anak #Bersalin #Pelakon #Faralyna Idris