UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Farid Kamil Enggan Cerai, Lantik Peguam Wakil JKP - "Saya Harap ..."

Gempak 22/01/2025 | 04:40 MYT
Pelakon Farid Kamil, 44, mahu adakan proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dengan isterinya juga pelakon Diana Danielle, 34, bagi kes perceraian mereka.
Farid juga melantik peguamnya Fakhrul Azman Abu Hassan sebagai wakil JKP pada proses itu di pejabat agama sebelum tarikh laporan kedua-dua belah pihak mengenainya disebut pada 24 Mac depan.
Menurut Fakhrul, ruang perbincangan di antara kedua-dua belah pihak sentiasa terbuka sekiranya mereka ingin berdamai atau pun berbaik semula.
"Bagi pihak Farid kita melantik peguam sebagai wakilnya dan proses JKP akan diadakan di pejabat agama selain tarikh keputusan masih sama iaitu 24 Mac depan.
"Jika mereka ingin berbincang untuk berdamai atau berbaik semula memang tiada masalah memandangkan pasangan ini masih lagi suami isteri.
"Apa-apa pun kita tunggu sahaja proses seperti mana diarahkan oleh mahkamah," katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Selasa.
Sementara Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari berharap JKP itu akan menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka dan kekal dengan pendirian tidak mahu menceraikan Diana.
"Saya mengharapkan doa yang terbaik untuk masa depan. Saya hanya perlukan doa yang baik-baik dan pendirian masih kekal (bersama Diana)," ujarnya.
Pada 10 Ogos tahun lalu, Farid dan Diana bercerai talak satu namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.
Bagaimanapun Diana memfailkan permohonan cerai buat kali kedua terhadap Farid pada 4 November tahun lalu.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.
Sumber: Harian Metro
#pelakon #Viral #Diana Danielle #cerai #Farid Kamil #Peguam #JKP
;