Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Farid Kamil Mohon Maaf Petik Nama Jamal Abdillah, Belum Terima Respons Dari Empunya Badan - “Saya Kesal…”

Khairil Khusyairi 26/04/2025 | 02:50 MYT
Pelakon dan pengarah, Farid Kamil mengaku khilaf dan telah memohon maaf kerana menyebut nama penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah dalam ‘Podcast Lelaki’ yang tular baru-baru ini.
Menurut Farid, perkongsian dalam podcast itu bertujuan memberi pengajaran agar orang lain tidak terjebak dalam kisah gelap atau penyalahgunaan bahan terlarang.
“Sejujurnya video tu telah saya arahkan untuk diturunkan, kerana keterlanjuran saya bercakap, bercerita tentang pengalaman saya dan personally saya sudah pun berhubung dengan Datuk Jamal Abdillah untuk penjelasan dan permohonan maaf saya.
“Dan saya telah melakukan sedemikian rupa dan saya menyesali jalan cerita yang saya cerita,” katanya kepada Gempak.
Farid memaklumkan mengenai perkara itu ketika ditemui usai Tayangan Perdana Filem Telaga Suriram yang berlangsung di Dadi Cinema Pavillion, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Apabila ditanya tentang respons selepas menghubungi Jamal secara langsung, pelakon filem Lagenda Budak Setan itu memaklumkan bahawa sehingga kini, beliau masih belum menerima sebarang maklum balas daripada Raja Pop itu.
“Dia baca… tapi tak ada respons.
“Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk memohon maaf kepada peminat beliau dan berharap dapat memaafkan kekhilafan saya,” jelasnya.
Terdahulu, Farid meluahkan rasa kesalnya selepas difitnah mengambil bahan terlarang sewaktu majlis pelancaran filem Anwar: The Untold Story ketika menjadi tetamu pada sesi podcast yang diberi nama ‘Podcast Lelaki’.
Farid kemudiannya menerima respon yang pelbagai daripada netizen yang berang dengan tindakan pelakon itu yang ‘memetik’ nama Jamal.
#pelakon #Farid Kamil #Jamal Abdillah #Podcast #maaf #NAMA #petik