Hiburan

"Farid Kamil Profesional, Dia Ada Di Set Penggambaran Pada Hari Berita Tersebar" - Pengarah Filem Bisikan Dosa

gempak
Ernalisa
30/10/2024
10:12 MYT
Sponsor Banner
"Farid Kamil Profesional, Dia Ada Di Set Penggambaran Pada Hari Berita Tersebar" - Pengarah Filem Bisikan Dosa
Pengarah filem Bisikan Dosa, Faizul A. Rashid memuji sikap pelakon Farid Kamil yang profesional sepanjang menjalankan penggambaran Bisikan Dosa.

BERITA TRENDING: “Saya Masih Sayangkan Isteri & Anak-Anak” - Farid Kamil Akan Berusaha Jernihkan Keadaan

Katanya, pelakon lelaki itu juga langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan emosi ketika di lokasi.
“Saya boleh cakap, dia (Farid) sangat profesional dan tetap meneruskan penggambaran seperti biasa.
"Pada hari berita (perceraian) tersebar, dia ada di set penggambaran macam biasa. Saya nampak dia okey. Macam tiada apa-apa. Sangat profesional. Dia langsung tak campur adukkan masalah dia," katanya kepada Gempak.
Menurut pengarah Bisikan Dosa itu lagi, sehari sebelum kejadian, Farid juga dilihat mampu gelak di set pengambaran.
"Disiplin dia sangat baik dan profesional meskipun sedang berhadapan dengan masalah sendiri.
“Saya mengenali Farid sudah lama, sebelum menjayakan filem ini lagi, kami ada keluar bermain golf bersama anaknya, Diana juga ada dan semuanya okay,” tambahnya.

BERITA TRENDING: Diana Danielle Bakal Fail Cerai Terhadap Farid Kamil, Anggap Rujuk Bukan Untuk Semua Orang - “Let Me Go”

Faizul juga berkata, Farid dilihat tetap bersemangat untuk menghabiskan pengambaran di lokasi.
"Sekali pun saya tak pernah dengar dia minta tangguh pengambaran walaupun masalah yang sedang dihadapi.
“Di set pun saya langsung tidak pernah dengar dia bercerita atau mengeluh masalah dia," katanya.
Baru-baru ini, nama Farid kembali menjadi perhatian netizen apabila isterinya, Diana Danielle tampil mengeluarkan kenyataan mahu berpisah kali kedua.
Mengimbas semula, Farid dan Diana bercerai talak satu pada 10 Ogos 2023 namun, mereka memilih kembali bersama semula selepas 21 hari berpisah.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.

BERITA TRENDING: Farid Kamil Lalui Fasa Bahagia Selepas Rujuk, Tolak Dakwaan Jadi Pasangan Contoh - “Apa Yang Kami Buat Adalah Kembali Kepada Niat Asal Berkahwin”

BERITA TRENDING: Pertama Kali Berlakon Bersama Isteri, Farid Kamil Akui Kekok! - "Mula-Mula Teruja, Ingatkan Mudah... "

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024