Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Farid Kamil Tiada Masalah Bekerjasama Dengan Diana Danielle Meski Sudah Bercerai - “Saya Okey Sebab Kami Ini…”

Khairil Khusyairi 05/05/2025 | 07:50 MYT
Pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil memaklumkan hubungan dia dan bekas isteri yang juga aktres, Diana Danielle kekal baik meskipun sudah bercerai kali kedua.
Menurut Farid, pendirian tersebut dibuat adalah untuk kebaikan anak-anak mereka yang masih memerlukan kasih sayang ibu bapa.
“Kami berkomunikasi menerusi anak-anak. Tapi Kami okey.
“Sekarang ini kami hanya mahu titik beratkan pembesaran anak-anak sahaja,” katanya kepada Gempak.
Dalam masa sama, pelakon filem Telaga Suriram itu turut memaklumkan dia tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan Diana dalam mana-mana naskhah.
“Kali terkahir kami bekerjasama adalah menerusi filem Baran. Itu sebelum kami berpisah.
“Saya tak ada masalah bekerja dengan dia. Kami profesional.
“Saya okey, sebab kami ini rakan artis. Tapi selepas ini, saya tak tahu macam mana (kerjasama) itu akan berlaku,” tambahnya.
Konflik rumah tangga antara Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan selebriti popular itu disahkan telah bercerai kali kedua pada Mac lalu.
Lafaz cerai itu telah dilakukan Farid atau Farid Kamil Zahari, 43, terhadap Diana di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamaruddin.
#pelakon #Anak #Diana Danielle #cerai #Farid Kamil #Hubungan #Baik