Laman Utama

Farid Nayan Berniaga Nasi Kandar Sebab Nak Kongsi Resipi Arwah Mak – “Meniaga Bukan Kerana Merajuk Dengan Dunia Nyanyian, Tapi…”

Fiza Kamarudin
16/02/2022
08:15 MYT
Penyanyi Farid Nayan menafikan merajuk daripada dunia seni menyebabkan dia membuka perniagaan nasi kandar di tempat kelahirannya, di Jitra, Kedah.
Farid berkata, dia memulakan perniagaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu sebagai salah satu inisiatif untuk mencari rezeki buat keluarga.
Selain itu katanya, dia juga berniat untuk berkongsi keenakan nasi kandar yang menggunakan resepi arwah ibunya.
“Sepanjang tempoh PKP tahun lalu saya berniaga secara dalam talian selain melakukan penghantaran dari rumah ke rumah. Tetapi sekarang, Alhamdulillah kedai sudah boleh dibuka semula.
“Nasik kandar arwah ibu memang terkenal dengan lauk ayam berempah dan orang di kawasan sini memang tahu tentang itu.
“Selepas ibu meninggal dunia kerana kanser, saya fikir kenapa tidak saya teruskan perniagaan Allahyarham. Ayah pun sangat suka makan nasi kandar, tetapi dia hanya mahu nasi kandar ibu.
“Jadi, secara tidak langsung perniagaan Nasi Kandar Melayu Fareed Maju ini sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan ayah kepada ibu,” katanya.
Tambahnya lagi, dia sedang merancang untuk berkongsi rezeki dan ilmu dengan mengadakan kelas masakan secara online.
“Saya akan kongsikan resepi arwah ibu dan mengajar cara masakan kuah nasi kandar cara Farid Nayan.
“InsyaAllah nanti akan saya update di Facebook Farid Nayan dan akaun TikTok Tok Farid…Kalau ada yang nak join serta menambah ilmu dan rezeki, bolehlah nanti,” katanya.
Mengulas mengenai kenaikan harga barang, Fareed yang sudah dua tahun berniaga tidak takut menanggung rugi namun biarlah pelanggannya dapat menikmati nasi kandar dengan harga biasa.
“Kenaikan harga barang sedikit sebanyak memang memberi impak kepada perniagaan yang saya jalankan. Mana tidaknya kos bahan utama seperti rempah ratus dan juga bahan mentah seperti ayam, sotong, kambing dan lain-lain memang agak tinggi sekarang.
“Untuk tidak membebankan pelanggan, harga jualan di gerai saya kekalkan tetapi ada juga yang terpaksa dinaikkan tetapi masih relevan dan mampu beli,” katanya yang berniaga di Taman Pasu, Jitra.
Ditanya mengenai perkembangan seninya, Farid berkata selepas single ketiganya Izinkan Aku ada beberapa perancangan untuk menerbitkan lagu baru.
“Sebenarnya selepas single Izinkan Aku dilancarkan, saya merancang untuk kerja-kerja promosi lagu tersebut tetapi dek kerana pandemik, semuanya tergendala.
“Apa pun, saya sudah kembali bekerja untuk menyiapkan single keempat dalam tahun ini juga. Farid harap akan mendapat sambutan pendengar nanti.
“Single terbaru ini nanti adalah kerja sama Farid dengan komposer terkenal tanah air, tetapi buat masa ini dirahsiakan dahulu. Sampai masanya akan diuar-uarkan,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Tajul Mengaku Bertengkar Dengan Tuah Adzmi – “Dia Tuduh Saya Kerja Sambil Lewa, Tapi Saya Tak Simpan Dalam Hati Sebab….”

gempak
25/12/2020
15:40 MYT
Jangan lama-lama masam muka...