Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Farisha Irwayu Umum Dah Cerai Melalui ‘Fast Track’, Ucap Selamat Pengantin Baharu Pada Bekas Suami - “Kepada Penyondol, Boleh Jadi Nombor 1 Sebab…”

Asyikin Mayudin 15/05/2025 | 02:55 MYT
Rumah tangga Farisha Irwayu yang dibina sejak lapan tahun lalu berakhir dengan perceraian selepas pelakon era 90-an dengan pendakwah Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar sah bercerai talak satu pada Selasa.

Cerai talak satu

Farisha atau Norayu Ghazali, memaklumkan mereka telah bercerai secara ‘fast track’ di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atas persetujaan bersama.

"Semalam (Selasa) pukul 11.45 pagi di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, saya bukan lagi isteri kepada Tuan Asmawi.

"Kami telah pun bercerai secara ‘fast track’ dengan talak satu dijatuhkan kepada saya atas persetujuan bersama.

“Maka bermulalah idah saya selama tiga bulan mulai semalam (Selasa)," katanya yang berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Ucapan & penyondol

Seakan-akan memberi gambaran bekas suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain, Farisha turut mengucapkan selamat pengantin baharu buat Tuan Asmawi.

Kata Farisha, wanita berkenaan kini sudah boleh menjadi isteri pertama dan mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah.

"Selamat pengantin baru saya ucapkan buat bekas suami saya Tuan Asmawi semoga berbahagia hingga ke anak cucu.

"Kepada penyondol boleh jadi nombor satu (isteri pertama) sebab awak bukan yang kedua sekarang ini.

"Dah boleh daftar perkahwinan kalian selepas saya habis idah. Alhamdulillah Allah Maha Adil dan tidak tidur," ujarnya.

Untuk rekod, Farisha mendirikan rumah tangga dengan Tuan Asmawi pada 2017.

#pelakon #cerai #Farisha Irwayu #Penyondol #Fast Track #Datuk Tuan Asmawi #Pelakon 90-an