“Fasa Rakam Lagu Sudah Tamat”- Exists Hanya Mahu Beri Fokus Pada Konsert Untuk Peminat
Ainun
27/09/2024 11:55 MYT
27/09/2024 11:55 MYT
Kumpulan Exists mendedahkan mereka berkemungkinan tidak lagi merakamkan lagu baharu untuk peminat mereka.
Menurut Ajai atau nama sebenarnya Muhammad Faizal Maas, 49, mereka lebih memberi fokus untuk melakukan konsert memandangkan usia sudah meningkat.
Menurut Ajai atau nama sebenarnya Muhammad Faizal Maas, 49, mereka lebih memberi fokus untuk melakukan konsert memandangkan usia sudah meningkat.
"Kami merasakan fasa merakamkan lagu sudah tamat. Kami bermula dari tahun 1989 dan bagi kami sekarang adalah fasa konsert pula kerana umur juga sudah meningkat.
"Sekarang adalah masa untuk berseronok bermain dengan muzik dan yang membawa kami hingga ke sini adalah pendengar.
"Sejujurnya, kami agak terkejut kerana remaja masa kini pun masih ramai mengenali lagu kami yang sudah lama itu”, jelas Ajai mewakili Exists ketika ditemui di sidang media Battle Of The Time: EXISTS X MASDO pada Rabu.
Banyak persaingan
Jelas Ajai lagi, untuk mempopularkan sesebuah karya memerlukan masa yang lama kerana industri muzik pada masa kini mempunyai banyak persaingan.
“Untuk merakam lagu baru mengambil masa yang sangat lama begitu juga untuk pendengar menyerapkan lagu itu ke telinga mereka lebih-lebih lagi dengan persaingan yang cukup hebat di luar sana.
“Untuk merakam lagu baru mengambil masa yang sangat lama begitu juga untuk pendengar menyerapkan lagu itu ke telinga mereka lebih-lebih lagi dengan persaingan yang cukup hebat di luar sana.
“Disebabkan itulah orang luar masih mahu mendengar lagu yang kami rekod pada zaman dahulu,” ulasnya.
Peminat nyanyi bersama-sama
Dalam pada itu, Ajai berpendapat peminat yang hadir ke konsert hanya ingin menyanyikan lagu-lagu yang sudah dikenali bersama-sama.
“Untuk menaikkan sesebuah lagu semamangnya akan mengambil masa yang lama, bukan hanya enam bulan tetapi ada hingga bertahun, mungkin dalam masa tiga ke empat tahun.
“Untuk menaikkan sesebuah lagu semamangnya akan mengambil masa yang lama, bukan hanya enam bulan tetapi ada hingga bertahun, mungkin dalam masa tiga ke empat tahun.
“Contoh macam sekarang, kalau rekod lagu tahun 2024 mungkin tahun 2029 lagu itu akan menjadi terkenal.
“Jadi orang yang datang ke konsert hanya untuk berseronok dan menyanyi bersama-sama dengan lagu yang mereka tahu”, kongsinya.
BERITA TRENDING: Ajai Dedah Sikap Mamat, Tolak Dakwaan Terjebak Gejala Dadah Sebab Salah Pilih Kawan - “Selalu Datang Sesi Latihan, Sangat Berdisiplin”
BERITA TRENDING: “Baby Tak Sabar Nak Tengok Dunia” - Eyra Hazali Selamat Bersalin Anak Ketiga
BERITA TRENDING: “Ambil Berkat Bulan Kelahiran Rasulullah…” - Ezzaty Abdullah Syukur, Selamat Bersalin Anak Ketiga
BERITA TRENDING: Dapat Tajaan 700 Paket Gula, Pengarah Teater ‘Dang Anum (The Untold Story) Terharu Hairul Azreen & Hanis Zalikha Turut Beli Banyak Tiket Korporat
Sekadar info, kumpulan Exists ditubuhkan sekitar tahun 1991. Pada tahun yang sama, mereka melancarkan album pertama berjudul Exist di bawah label syarikat rakaman JOJO's Production.
Album ini melonjakkan nama mereka di persada muzik tanah air apabila lagu "Untukmu Ibu" berjaya mencuri hati para peminat.
Sehingga kini antara lagu-lagu popular Exist yang sering menjadi siulan masyarakat adalah 'Mengintai Dari Tirai Kamar', 'Jesnita', 'Percayakan Siti' dan banyak lagi.