,
Berita

Fasha Sandha & Aidil Aziz Selamat Berkahwin, Ini Ucapan Ikhlas Jejai Untuk Mereka... Netizen Siap Puji Lagi!

Rozaimi Zubaidi
31/03/2019
03:10 MYT
Aktres jelita, Fasha Sandha selamat melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya, pelakon Aidil Aziz, semalam.
Fasha dan Aidil mengadakan majlis akad nikah di kampung halaman aktres terbabit di Perlis yang dihadiri oleh keluarga bersama teman rapat..
Menerusi pemerhatian di akaun laman sosial Instagram Fasha dan Aidil, pasangan ini dihujani ucapan tahniah daripada peminat.
Bekas suami Fasha, Rizal Ashram Ramli atau Jejai juga mendedikasikan sebuah entri khas di laman Instagram miliknya untuk pasangan ini.
"Aidil, congratulations. I’ve met you only three times, but I’ve heard only good things about you. My kids are my everything and I’m glad to know that you are fond of them. That is very important. May both of you as husband and wife continue to love and honour each other.
"Fasha, Alhamdullilah selesai majlis nikah. I am so happy and relieved that both of you tied the knot. I am certain that Rayfal and Jemyma enjoyed every bit of this special occasion.
"I pray that this nuptial tie will bring you a lifetime of love and happiness, may your love forever grow, InsyaAllah. Semoga both of you bahagia dunia akhirat and have smooth one," tulisnya.
{BACA: Sekali Lafaz, Fasha Sandha Sah Isteri Aidil Aziz}
{BACA:Sama Cantik Sama Padan! Foto-Foto Menarik Sekitar Majlis Akad Nikah Fasha Sandha & Aidil Aziz}
Dalam pada itu, netizen turut memuji sikap Jejai yang menjaga hubungan baik dengan bekas isterinya biar pun Fasha kini bahagia bersama insan pilihan hatinya.
Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Jejai pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia 5 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 4.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

Lama Tak Muncul, Penampilan Terkini Aniq Suhair Buat Peminat Teruja - “Pergh Dah Katang Badan”

gempak
21/11/2024
08:50 MYT
Pelakon Aniq Suhair mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi imej terkini di media sosialnya, baru-baru ini.
Unitar