Fasha Sandha Ajak Peminat Sertai Kelab Ibu Tunggal Berdikari

Kamaruddin Razal
Ogos 27, 2018 12:46 MYT
Memegang status sebagai ibu tunggal, aktres cantik Fasha Sandha tidak malu untuk menggalas tanggungjawab tersebut.
Menjadi kekuatan dan contoh kepada ibu tunggal lain dalam meneruskan hidup serta mencari rezeki, Fasha mengajak peminat yang mempunyai status sama dengannya menyertai Independent Single Moms Club.
Terhad untuk 100 penyertaan terawal, Fasha membuat hebahan tersebut menerusi laman Instagram miliknya.
Selepas memuat naik hebahan tersebut, Fasha dihujani dengan mesej peminatnya yang mahu menyertai kelab terbabit.
Fasha memohon maaf kepada peminatnya yang mahu menyertai kelab tersebut serta memberikan kata-kata semangat untuk ibu tunggal yang berada di luar sana.
#pelakon #Fasha Sandha #Pelakon