Fasha Sandha Buat Cabaran Panama Dance, Ini Baru Betul Comel!

Mya Amri
Februari 8, 2018 15:20 MYT
Pelakon Fasha Sandha tidak ketinggalan mengikuti cabaran tarian viral popular yang diberi nama Panama Dance.
Menerusi akaun Instagram (IG), Fasha telah memuat naik video pendek yang merakamkan wajah gembiranya ketika melakukan cabaran tersebut sebentar tadi.
Selain Fasha, adiknya Elisya Sandha juga turut melakukan tarian itu bersama-sama kakak kesayangannya.
Rata-rata pengikut IG Fasha menyatakan rasa kagum melihat gerak tarinya selain memuji kecomelan aktres berkenaan.
Tidak kurang juga ada yang menyatakan Fasha mempunyai bakat terpendam dan pandai menari.
Terdahulu, Panama merupakan sebuah lagu dinyanyikan oleh Matteo yang dimuat naik menerusi laman Youtube sejak tahun 2013.
Namun Panama Dance mula menjadi popular selepas tarian itu dilakukan oleh artis Korea menerusi program realiti Law of The Jungle in Panama.
Foto: Instagram @fashasandha
#pelakon #Fasha Sandha #Pelakon #Panama Dance