gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Afreena Suhaimi Didakwa Curang & Hubungi Bekas Isteri Along Cham Antara Punca Jatuh Lafaz Taklik - “Saya Ada Bukti…”
BERITA
Malaysia Ungguli ASEAN TVET Friendly Match 2025, Raih 7 Emas Daripada 9 Kategori
HIBURAN
Ada Perancangan Ke Arah Perkahwinan, Syed Saddiq Harap Kehidupan Peribadi Dihormati - “Memang Ada Niat Tapi…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Fasha Sandha Kesal Individu Berat Mulut Ucap Terima Kasih - “Memang Nak Bagi Dia Terasa…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
27/03/2024
03:55 MYT
Sponsor Banner
Fasha Sandha Kesal Individu Berat Mulut Ucap Terima Kasih - “Memang Nak Bagi Dia Terasa…”
Status pelakon Fasha Sandha yang meluahkan rasa kesal terhadap individu yang tidak menghargai pemberian hadiah serta berat mulut untuk mengucapkan terima kasih mengundang perhatian netizen di Instagram.
Hanya ingin meluah, Fasha bagaimanapun berkata dia sememangnya mahu individu tersebut terasa dengan teguran itu memandangkan ia sudah bertahun terjadi.
“Ada sesetengah manusia tak kira rapat ke tak, bila kita buat kebaikan… mungkin sebab kita kerap buat kebaikan, jadi kadang-kadang orang kata mereka ambil kesempatan.
“Terlupa nak cakap terima kasih atau memang bukan budaya ucap terima kasih. Sebenarnya dah bertahun, tapi status itu nak bagi dia sedar… memang nak bagi dia terasa.
“Saya hanya manusia biasa, hanya rasa nak meluahkan… curhat,” kata Fasha kepada Gempak ketika ditemui pada majlis Iftar Gardenia Numee & Fasha Sandha di Gardenia Bakeries, Shah Alam pada Selasa.

BELAJAR DARIPADA BEKAS SUAMI

Dalam pada itu, Fasha turut memberitahu bekas suaminya iaitu Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai banyak mengajarnya mengenai etika berhadapan dengan orang.
“Dari zaman sekolah, saya suka cakap terima kasih tapi tak sekerap selepas saya mengenali keluarga Rizal. Bekas suami saya yang sebenarnya yang banyak mengajar saya untuk selalu ucapkan terima kasih.
“Walaupun perkara itu kecil… jadi, saya banyak belajar dengan bekas suami. Sebab ketika saya jadi isteri dia, dia banyak mengajar saya macam mana etika apabila berhadapan dengan orang, nak diplomatik dengan orang.
“Selepas saya kahwin dengan dia, saya lagi kerap cakap terima kasih. Bila orang buat kebaikan dengan saya, saya akan cakap terima kasih lebih tiga kali. Saya terapkan kepada anak-anak.
“Anak-anak akan cakap terima kasih, I love you kepada saya lebih daripada lima kali sehari. ‘Thank you ibu for cooking, thank you ibu for today’. Mereka dah biasa perkataan itu,” ujarnya.

BERITA TRENDING: "Mama Bekalkan Donut, Hantar Kami Ke Sekolah Naik Basikal Setiap Hari" - Fasha Sandha Menangis, Terimbas Memori Tinggal Di Rumah Anak…

BERITA TRENDING: Fasha Sandha & Nora Danish Berbaik Tanpa Paksaan Sesiapa - “Ia Berlaku Secara Natural”

Topic Berkaitan
#pelakon
#Fasha Sandha
#Aidil Aziz
#Artis
#Terima Kasih
#Bekas suami Fasha
#Rizal Ashram Ramli
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement