Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Fasha Sandha Rancang Hamil Tahun Depan, Pilih Proses IUI Atau IVF Untuk Dapat Anak Lelaki

Amri Hassan
25/07/2023 03:25 MYT
Pelakon jelita Fasha Sandha dan suami, Aidil Aziz bakal menambah cahaya mata pada tahun hadapan.

Menariknya, pasangan itu memilih untuk mendapatkan cahaya mata lelaki memandangkan sudah punyai dua orang puteri.

"Insya-Allah tahun depan saya nak tambah anak lagi.

"Kalau ada rezeki, nak tambah baby boy, Aidil minta tambah hujung tahun ini tapi komitmen tak membenarkan sebab saya ada shooting lagi," ujarnya kepada Gempak.

Fasha ditemui pada acara Zumba with Fasha Sandha sempena pelancaran packaging baharu Berryfull di Kuala Lumpur baru-baru ini.

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)


Kata Fasha lagi, dia terbuka sekiranya perlu melakukan proses persenyawaan in vitro (IVF) atau intra uterine insemination (IUI) untuk mendapatkan bayi lelaki.

"Kami memilih daripada segi proses IUI atau IVF sebab memang nak baby boy. Tak nak ada another drama queen. Kita nak lengkapkan satu pair girl dan boy," tambahnya.

Tambah Fasha lagi, dia berharap badannya tidak mengalami pertambahan mendadak untuk kehamilan kali ini memandangkan dirinya sudah faham dan tahu cara mengawal pemakanan.

"Kita dah tahu semula jadi pandai jaga badan kita. Kalau dulu mungkin belum tahu, tapi sekarang sudah tahu konsep diet ikan, insya-Allah boleh.

"Mula-mula tak tahu apa yang kena dengan diri saya, tapi lepas dah buat diet itu jadi automatik terkawal.

"Mungkin hamil kali ini tak naik badan sangat sebab dah tahu cara pemakanan yang betul," katanya.

#pelakon #Anak #Fasha Sandha #Hamil #Aidil Aziz #Kurus
;