Fasha Sandha Sambut Hari Lahir Anak Di Rumah, Netizen Puji Jejai Kerana...
Asraf Aided
16/04/2020 10:19 MYT
16/04/2020 10:19 MYT
Aktres Fasha Sandha berkongsi video sambutan hari lahir anak sulungnya, Putra Rayfal yang ke-7 di laman Instagram.
Hari istimewa itu diraikan bersama suami, Aidil Aziz dan dua orang anaknya di rumah.
Fasha juga ada menulis ucapan istimewa buat Rayfal di ruangan kapsyen.
"Selamat hari lahir sayang #rayfalturns7, we love you so much sayang.
"Apa pun keadaan kita, kita harus bersyukur, yang penting, kita semua hidup dalam kasih sayang," tulisnya.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Fasha di ruangan komen.
Rata-rata mereka turut mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kebaikan untuk Rayfal.
Memandangkan bekas suami Fasha, Jejai turut kelihatan dalam video itu, ada juga yang memuji sikap mereka yang masih mengutamakan anak meskipun sudah berpisah.
"Inilah buktinya ibu bapa yang berpisah, namun tidak mementingkan diri, kebahagiaan anak-anak menjadi keutamaan.
"Setiap kali hari lahir anak Fasha saya suka baca notes dari daddy diorang.
"Bertuah Rayfal ada Dada dan Ayah," tulis netizen.
Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.
Sebelum itu, Fasha pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada April 2017.
Namun, rumah tangga mereka menemui titik noktak pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima.