HIBURAN
Fasha Sandha Sanggup ‘Terbang’ Ke Bali Demi Luna Maya - “Dia Selalu Cakap Entah Bila Nak Kahwin Tapi…”
Demi sahabat baik, pelakon Fasha Sandha sanggup terbang ke Bali, Indonesia untuk meraikan majlis bahagia aktres terkenal Indonesia iaitu Luna Maya dengan pasangannya, Maxime Bouttier.
Luah rasa syukur
Sudah berkawan sejak lebih 20 tahun, Fasha meluahkan rasa syukur apabila Luna akhirnya bertemu jodoh dan berkahwin seperti yang diimpikan.
“Sejak 2001, tak selalu jumpa sebab dah lama tak pergi Jakarta dan dia pun tak datang KL. Tapi selalu berhubung. Gembira dia ingat kita untuk majlis bahagianya.
“Dia selalu cakap entah bila dia nak kahwin, tapi Alhamdulillah jodoh rahsia Allah,” kongsinya.
Anak-anak nak ikut
Gembira dapat hadir ke majlis perkahwinan Luna, Fasha memberitahu anak-anak mahu mengikutinya ke Indonesian namun masa tidak bersesuaian.
“Paling penting, saya bangga dapat jadi sebahagian daripada hari bahagianya. Semua majlis dia jemput, nikah, sanding dan semua. Tapi masa hanya mengizinkan ke makan malam pukul 6.30 petang.
“Ini pun jenuh pujuk anak-anak semua merengek nak ikut, mana boleh. Sekolah tak boleh ponteng,” katanya.
Doa cahaya mata
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini turut mengajak semua orang mendoakan agar Luna dikurniakan cahaya mata dengan cepat.
“Join pengikut tolong doakan cepat-cepat Luna dapat baby. Dia cakap itu impian dia lepas ini, langsung nak cepat hamil. Amin,” katanya.
Dengan sekali lafaz, Luna Maya akhirnya bergelar isteri kepada Maxime Bouttier pada pukul 5 petang waktu tempatan pada Rabu.
Pasangan selebriti itu melangsungkan perkahwinan dalam acara tertutup di Ubud, Bali, Indonesia.
ARTIKEL BERKAITAN: Sah Bergelar Isteri Pada Usia 41 Tahun, Luna Maya Terima Emas & RM8,600
ARTIKEL BERKAITAN: Nikah Hari Ini, Luna Maya Jalani Acara Siraman Dengan 7 Sumber Mata Air Termasuk Air Zam-Zam
ARTIKEL BERKAITAN: Dilamar Di Jepun, Luna Maya Raikan Bridal Shower Di Shanghai
Must-Watch Video