Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Fashion Show Langgar SOP; Polis Akan Panggil Penganjur & 50 Tetamu Walau Dah Minta Maaf

Amri Hassan
30/03/2021 08:25 MYT
Polis akan memanggil penganjur pertunjukan fesyen di Damansara Perdana, pada 24 Mac lalu kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

BACA: "Tak Pakai Mask, Kebal Virus Ke Kak?" - Netizen Risau Fashion Show Jenama Tempatan Langgar SOP

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, berdasarkan semakan ke atas video tular mendapati semua tetamu melanggar SOP ditetapkan.

"Penganjur memuat naik pelbagai gambar di media sosial sepanjang majlis berlangsung yang dianggarkan dihadiri 50 tetamu.

"Tetamu didapati tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal ketika majlis berlangsung," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, polis kini masih mengesan penganjur dan semua tetamu pada pertunjukan fesyen berkenaan.

Menurutnya, polis akan membuat semakan daftar kehadiran menerusi aplikasi MySejahtera dan kes disiasat mengikut Seksyen 22(a) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Terdahulu, tular gambar pengunjung pertunjukan fesyen yang melanggar SOP dimuat naik di media sosial sejak Sabtu lalu.

Pertunjukan itu dianjurkan pereka fesyen terkenal dan mengakui mereka melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sumber: Harian Metro
#Viral #Fesyen #Polis #Fashion Show #MKN #SOP
;