Laman Utama

"Tak Pakai Mask, Kebal Virus Ke Kak?" - Netizen Risau Fashion Show Jenama Tempatan Langgar SOP

gempak
Amri Hassan
25/03/2021
05:50 MYT
Sponsor Banner
"Tak Pakai Mask, Kebal Virus Ke Kak?" - Netizen Risau Fashion Show Jenama Tempatan Langgar SOP
Pengguna media sosial meluahkan rasa risau terhadap penganjuran sebuah pertunjukan fesyen jenama tempatan yang tidak mematuhi standard operasi prosedur (SOP) sepanjang acara berlangsung pada Rabu.
Difahamkan menerusi foto yang tular di Twitter, kebanyakan tetamu yang hadir pada acara berkenaan tidak memakai pelitup separuh muka.
Malah, kedudukan kerusi tetamu juga diletakkan rapat-rapat tanpa ada penjarakan fizikal seperti yang disarankan.
"Rata-rata yang hadir ke fashion show ni tak pakai mask ya. Kebal virus ker kak?
"Pleaselah, seorang ada virus, habis semua kena. Pastu angka jangkitan tak menurun pastu tak dapat balik raya kat kampung lagi tahun ni.
"Kau fikir seronok ker lama tak tengok mak ayah kat kampung kak?" ciap seorang pengguna.
Hal itu menarik perhatian ramai hingga ada yang bertindak berkongsi beberapa momen lain termasuk pemilik jenama fesyen berkenaan yang difahamkan tidak mematuhi SOP.
Kata individu lelaki dalam video berkenaan; "Hari ini memang SOP tak ada langsung, kalau kena saman 'claim' kat dia."
Sahut wanita di sampingnya; "So, dipanggil dia kluster ... Glorious Raya"
Bagaimanapun, ada yang berandaian foto yang tular itu sekadar suntingan semula dan menegaskan penganjuran itu mematuhi SOP yang ditetapkan.
Acara itu turut dihadiri beberapa selebriti tempatan.
Awal Mac lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memberikan kebenaran untuk mengadakan majlis sosial dengan mematuhi syarat SOP.
Antara SOP yang perlu dipatuhi oleh penganjur majlis adalah kehadiran ke premis 50 peratus bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan mengikut keluasan premis dengan penjarakan fizikal di kawasan PKP Pemulihan (PKPP).
Majlis seperti seminar, kursus, latihan, ceramah bersemuka, pameran, aktiviti perdagangan serta konvensyen juga dibenarkan dengan SOP yang ditetapkan.
Gempak masih cuba mendapatkan penjelasan lanjut dari pemilik jenama fesyen terbabit.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live