Penerbit filem, S Baldev Singh menyatakan bahawa isu yang melibatkan pelakon, Fahia Latiff ini adalah mungkin sekadar gimik.

Baldev yang juga penerbit filem Darah Panas yang dibintangi oleh Fathia itu berkongsi bahawa dia tiada sebarang masalah bekerjasama Fathia sepanjang penghasilan filem tersebut pada tahun 2018.

“Saya rasa gimik lah, sepanjang bekerja dengan dia (Fathia) dan saya langsung tiada sebarang masalah, saya yang beri masalah kepadanya untuk mengambil syot banyak kali," katanya ketika ditemui Gempak.

Berita Trending: Kaki Sophia Albarakbah Lebam-Lebam Bergelut ...

Dalam pada itu, Baldev turut memberi nasihat kepada Fathia tentang isu yang hangat ini.

“Hey Fathia, awak dah berlakon dalam filem Darah Panas, sejukkan darah kau,” ujanya.

Baldev ditemui pada majlis pra-tonton filem “Jiwa 8 belas” di TGV One Utama semalam.

Terdahulu, menerusi Instagram Story nya, Fathia memuatnaik tangkap layar filem Darah Panas yang mendapat 20 juta tontonan di aplikasi Youtube sebagai provokasi terhadap, pelakon dan juga isteri mantan kekasihnya, Zahirah Macwillson.

Tidak habis disitu, Fathia turut memuat naik fotonya ketika memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 sebagai Pelakon Filem Wanita Popular menerusi filem Darah Panas sekaligus mempersoalkan kredibiliti Zahirah dalam dunia lakonan.