Pelakon utama filem Jiwa 8 Belas, Sophia Albarakbah mendedahkan dirinya mengalami kecederaan ketika melakonkan babak dalam filem terbabit.

BERITA TRENDING: "Cukup-Cukuplah Kontroversi!" - Sophia Albarakbah Buka Buku Baharu 2024, Fokus Filem Jiwa 8 Belas

Jelas Sophia, 30, filem lakonan pertamanya pada tahun 2018 itu melibatkannya bergelut dengan penjenayah yang mahu menjualnya.

“Saya perlu melakonkan babak melarikan diri dalam hutan dan sungai tanpa memakai kasut ketika dikejar penjahat.

“Selain itu, ada juga babak muka saya dicelup dengan air kotor dan berlumpur oleh penjahat,” katanya.

Akui Sophia, pengalamannya masih hijau dalam dunia lakonan ketika ditawarkan membintangi filem itu.

“Saya dapat tawaran berlakon dalam filem Jiwa 8 Belas ini menerusi proses uji bakat pada penghujung 2018.

“Saya tiada asas dalam bidang lakonan dan lakonan memang agak ‘kayu’ ketika itu,” ujarnya.

BERITA TRENDING: ​#GTheUntoldStory: Jadi ‘Musuh’ Wanita, Sophia Albarakbah Pesan: “Tak Perlu…

Filem 8 Belas arahan S Baldev Singh ini turut menampilkan pelakon berbakat besar seperti Shah Hazvee, Izuan Ramli, Ikhram Juhari, Kanda Khairul, A Galak, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Fauziah Nawi, Zila Bakarin, Aman Graseka, Akim Nordin, Faha Azhar, Arif Mex dan Acap S.

Jiwa 8 Belas berkisarkan jiwa remaja ini akan ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula 18 Januari 2024.