Fathia Dah Warning, Kita Yang Lalai... Suami Heliza Masuk Senarai 'Investor Alert List'?
Gempak
27/02/2024 03:28 MYT
27/02/2024 03:28 MYT
Nama suami kepada selebriti, Heliza Helmi, Mahadi Badrul Zaman didakwa dimasukkan ke dalam Investor Alert List oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
BERITA TRENDING: Fathia Dakwa Suami Heliza Helmi Merupakan Seorang Scammer? - “Pergi Berjihad Tapi Scam…
Menerusi satu hantaran di Platform X yang dimuat naik oleh seorang individu, nama Mahadi dimasukkan di dalam senarai tersebut atas sebab menjalankan pasaran modal tanpa lesen untuk berurus niaga dan pemasaran saham syarikat awam yang tidak tersenarai.
Dalam pada itu, individu berkenaan turut mendakwa bahawa gelaran Datuk yang diterima oleh Mahadi tidak ada sebarang pengesahan menerusi semakan penerima Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat.
Perkara itu turut meraih reaksi netizen di mana rata-ratanya bersetuju dengan tuduhan pelakon, Fathia, sebelum ini yang mendakwa bahawa suami kepada Heliza Helmi itu terlibat dalam aktiviti penipuan.
Sekadar info, Badrul sebelum ini pernah didakwa oleh satu akaun yang dikenali sebagai Pseudoscience Watch bahawa dirinya terlibat dalam aktiviti penipuan melalui perniagaan yang dijalankan.
Susulan kepada tuduhan yang dilemparkan, Mahadi menegaskan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan yang dilemparkan Pseudoscience Watch ke atas pihaknya dan menganggap kenyataan berbaur fitnah itu dikeluarkan adalah untuk menjatuhkan imej serta kredibiliti syarikatnya yang sudah menapak lebih 20 tahun.
Sumber: Platform X, SCM