Hiburan

Fathia Latiff Pecah Lobang Lagi! - "Sebab Tu Masa A Ajak Kahwin Saya Tak Nak"

gempak
Mya Amri
16/01/2024
04:56 MYT
Sponsor Banner
Fathia Latiff Pecah Lobang Lagi! - "Sebab Tu Masa A Ajak Kahwin Saya Tak Nak"
Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh pelakon Fathia Latiff tentang kisah silamnya bersama bekas teman lekakinya, Aiman Hakim Ridza.
Kali ini menerusi siaran langsung di platform media sosial, Fathia mendakwa bekas teman lelakinya itu pernah mengajaknya untuk berkahwin namun ditolak oleh aktres itu.
“Macam mana korang tahu dia tak cintakan saya? Korang boleh baca hati dia kah? You don’t know, sometimes when you get married to somebody pun kau tak tahu belakang belakang dorang nak pergi pergi jumpa.
“Saya percaya pada perkahwinan, pada saya perkahwinan itu sangat tulus, ikhlas dan bukan satu permainan.
“Sebab tu masa dia ajak saya kahwin, masa A ajak saya kahwin saya tak nak sebab pada ketika itu saya nak discover lagi mengenai kehidupan saya.
“Sebab pada umur saya ketika itu saya anggap masih muda dan korang yang dekat luar sana yang muda muda ni dicoverlah diri korang secepat mungkin,” ujarnya.
Terdahulu nama Fathia hangat diperkatakan netizen selepas mengkritik rupa paras Zahirah MacWilson seperti bibik.
PILIHAN PEMBACA: "Saya Lebih Cantik Daripada Dia" - Fathia Latiff Sindir Wajah Zahirah McWilson Seperti Bibik?
Selepas Zahirah, Fathia yang kini bertugas sebagai kerani di pusat guaman bergaduh dengan bekas kawan baiknya iaitu Zarina Anjoulie pula.
BERITA TRENDING: Berkelakuan Aneh, Netizen Dakwa Fathia Latiff Dalam Fasa ‘Tak Sihat’? - “Dia Tengah Manic La”
Disebabkan itu, netizen mendakwa Fathia mengalami masalah mental dan memerlukan pertolongan.
BERITA TRENDING: "I Tak Mental, Kalau Tak I Dah Kat Hospital Tanjung Rambutan" - Fathia Latiff
Untuk rekod, Aiman dan Fathia pernah menjalin hubungan cinta selama dua tahun, namun mereka berpisah pada 2015.
BERITA TRENDING: "I Know You Still Love Me" - Fathia Latiff
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024