Pelakon kontroversi Fathia Latiff dikritik netizen kerana menggayakan pakaian yang dianggap terlalu seksi dan tidak sesuai dengan imej wanita muslimah.

Walaupun Fathia menutup ruangan komen selepas memuat naik fotonya di Instagram (IG), netizen mencari jalan untuk ‘menyerangnya’ di ‘tempat’ lain.

Di ruangan komen sebuah blog hiburan terkenal, ribuan komen ditinggalkan netizen yang tidak suka dengan penampilan terbaru pelakon tersebut.

Namun, ada juga yang mendoakan agar Fathia kembali menutup aurat seperti dulu.

Foto Fathia mengenakan top hijau yang mendedahkan bahagian dadanya itu dimuat naik pada sambutan ulang tahun hari kelahirannya, berdasarkan hashtag #itsmybirthday.

Setakat ini, tiada komen balas daripada Fathia selepas penularan dan komen negatif pada foto tersebut.

Pada April lalu Fathia mengaku membuka tudung kerana enggan terus berpura-pura sedangkan hidupnya tidak pernah tenang sejak berhijab.

Fathia turut mendakwa keputusan membuka tudung ketika itu sudah lama difikirkan, tetapi tidak berbuat demikikan kerana mahu menjaga hati keluarga.

"Suka hatilah saya nak buat apa, ini pilihan hidup saya. Saya berhak memilih jalan terbaik. Orang nak cakap saya sakit atau depresi terserahlah.

"Saya hanya menjadi diri sendiri, saya tidak mahu berpura-pura. Tiada gunanya bertudung litup tetapi masih tidak berubah," katanya beberapa bulan yang lalu.