Fathia Latiff Terkandas Di Jerman, Bagasi Hilang

Syafiqah Jalal
Jun 10, 2018 04:50 MYT
Pelakon Fathia Latiff bersama keluarganya terkandas di Jerman ketika dalam perjalanan menuju ke Switzerland.
Menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, Fathia memberitahu penerbangan mereka tidak dapat diteruskan kerana cuaca yang kurang elok dan pihak penerbangan mengambil keputusan mendarat di Jerman.
Bukan sahaja terkandas, malah Fathia memberitahu bagasinya juga hilang.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian di IGStories Instagramnya awal pagi tadi, pelakon itu sudah selamat tiba di bandar St. Gallen, Switzerland.
Fathia bersama keluarganya berlepas ke London empat hari lalu .
Foto: IG Fathia Latiff
#pelakon #Pelakon #Fathia Latiff #Terkandas