gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Soffi Jikan Kini Dirawat Di Hospital, Dipercayai Alami Jangkitan Kuman - “Dada Dia Sakit & Hati Suspek…”
HIBURAN
“Dia Gigil Sebab Trauma...Jangan Buat Innocent” – PA Ulas Reaksi Bella Astillah Beri Anugerah Pada Sophia AlBarakbah
HIBURAN
“Aku Pun Tak Heran Nak Salam Kau” – Adam Shah Kongsi Momen 'Awkward' Jumpa Individu Di Program Hiburan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Fattah Amin Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah - “Berdasarkan Maklumat, Memang Ada…”

Mya Amri
Mya Amri
04/08/2025
01:23 MYT
Sponsor Banner
Fattah Amin Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah - “Berdasarkan Maklumat, Memang Ada…”
Pelakon, Fattah Amin tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan berhubung dakwaan tidak berasas terhadap dirinya yang tular di media sosial baru-baru ini.
Menurut Fattah, dia hanya mengetahui tentang isu tersebut selepas dikongsikan oleh peminat dan perkara itu kini dalam perhatian pihak pengurusannya.
“Saya sendiri pun tidak menyedari tentang perkara ini. Pihak pengurusan saya yang menerima makluman tersebut, itupun setelah ia dikongsikan oleh peminat yang prihatin.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang isu ini. Namun apa yang boleh saya katakan ialah perkara-perkara yang tidak baik seperti fitnah akan diambil tindakan oleh pihak pengurusan saya,” ujarnya.
Fattah berkata demikian ketika ditemui di sidang media dalam sebuah majlis anugerah yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad.
Tambah Fattah lagi, dia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan dan peguam untuk menguruskan isu ini secara profesional.
“Jika perlu, kami akan mengambil tindakan undang-undang. Sebenarnya, perkara ini sedang dalam proses tindakan, bukan lagi di peringkat pertimbangan.
“Kepada sesiapa yang menyebarkan fitnah, ketahuilah bahawa fitnah itu boleh membawa kepada kesan yang lebih buruk.
“Jadi benda-benda itu sebenarnya telah diambil tindakan oleh pihak pengurusan dan peguam saya,” jelasnya.
Ketika ditanya sama ada isu tersebut memberi kesan terhadap reputasinya sebagai seorang artis, Fattah menyerahkan penilaian tersebut kepada pihak pengurusannya.
“Saya akan terus bekerja seperti biasa untuk klien-klien dan peminat-peminat saya.
“Sama ada perkara ini memberi kesan atau tidak, saya serahkan kepada penilaian pihak pengurusan. Jika mereka merasakan ia memberi kesan kepada kerjaya saya, maka tindakan undang-undang perlu diambil.
“Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pihak pengurusan saya, memang ada segelintir individu terlibat. Namun, negara kita mempunyai undang-undang, jadi kita tidak perlu takut,” katanya.
Dalam pada itu, Fattah juga mengakui bahawa gosip dan kontroversi adalah lumrah dalam dunia anak seni.
Namun dia menegaskan tindakan undang-undang adalah langkah wajar diambil sekiranya perkara itu boleh menjejaskan nama baik dan kredibilitinya.
“Saya rasa ini merupakan lumrah sebagai seorang anak seni, artis dan selebriti. Kita memang tidak akan terlepas daripda perkara-perkara gosip dan kontroversi.
“Kita tak boleh nak jangka dalam industri ini 10 tahun, 15 tahun hanya benda benda yang positif, baik-baik. Ada juga perkara-perkara yang seperti ini.
“Kadang tak semua orang senang tengok kita, tengok kejayaan kita. Tapi apa yang saya boleh katakan saya akan terus bekerja.
“Saya tidak memikirkan atau pun tak memberi fokus sangat terhadap perkara-perkara seperti ini. Biar pihak pengurusan saya yang lakukan.
“Kalau benda itu sebenarnya sudah menggugat nama saya atau pun kredibiti saya, kita akan mengambil tindakan undang undang,” ujarnya.
Baru-baru ini, kecoh apabila seorang pempengaruh mendakwa rumah tangga diganggu seorang wanita yang dikatakan cuba menggoda suaminya.
Perkara itu didedahkan pempengaruh terbabit melalui beberapa hantaran di platform Threads.
Kontroversi bertambah panas apabila pempengaruh terbabit mendakwa wanita berkenaan dipercayai pernah mengaitkan dirinya dengan Fattah.
Topic Berkaitan
#Fattah Amin
#Fitnah
#Ambil Tindakan
#Tindakan Undang Undang
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement