Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Fattah Amin Steady! Lumba Lari Kalahkan Nabil - “Kaki Saya Kejang, Lupa Nak Warm Up”

Mya Amri
10/10/2024 08:55 MYT
Kehadiran pelakon, Fattah Amin di konti ERA bagi menyertai program santai lumba lari bersama penyampai radio 3 pagi ERA, Nabil Ahmad di perkarangan Astro Bukit Jalil, ternyata mendapat perhatian ramai.


Kaki kejang

Fattah yang hadir dengan memakai baju sukan ternyata masih sama seperti dahulu, mesra ketika disapa peminat.

Berkesempatan bertemu dengan bekas suami pelakon, Fazura ini, Fattah berkongsi momen lucu ketika menyertai lumba lari bersama penyampai ERA, Nabil Ahmad.

Kata Fattah, kakinya mengalami kekejangan sebaik selesai perlumbaan itu kerana terlupa untuk melakukan sesi memanaskan badan.

“Sebenarnya mengah tu tak habis lagi sebab tadi saya pula betul-betul terlupa untuk memanaskan badan terlebih dahulu dan selepas itu kaki saya kejang.

“Saya dengar jarak pusingan larian itu lebih kurang 2km, berlari pula dalam keadaan cuaca yang sedikit panas tapi alhamdulillah saya menang, mungkin Nabil yang bagi peluang saya menang,” katanya berseloroh.


Tabik Wira Kita

Dalam pada itu, Fattah juga menyatakan rasa terharu kerana radio ERA memberikan sokongan terhadap kempen yang diusahakannya iaitu Tabik Wira Kita.

“Saya hadir untuk mempromosikan kempan Tabik Wira Kita dan alhamdulillah saya dapat sokongan daripada kawan-kawan saya dalam kalangan penyampai ERA iaitu Nabil, Pak Azad dan Radin, kawan-kawan lama saya.

“Mereka juga turut sama membantu saya untuk kempen ini di radio ERA dan siap buat larian maraton pagi tadi pusing satu Astro,” ujarnya.

Terdahulu, Kempen Tabik Wira Kita merupakan insiatif syarikatnya yang mendapat kerjasama daripada Kementerian Pertahanan.

Turut menjayakan kempen itu ialah 28 lagi pempengaruh lain.

Projek ini merupakan penghargaan terhadap wira-wira negara melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah banyak berkorban demi keamanan negara.

ARTIKEL BERKAITAN:Pelancaran Lagu Bertahan Demi Cinta Tiada Kaitan Dengan Situasi Semasa Fazura & Fattah

ARTIKEL BERKAITAN:Tak Percaya Curang, Keena Mentor Kongsi Sikap Sebenar Fattah - “Budak Skema, Bukan Kaki Perempuan & Pemalu”

ARTIKEL BERKAITAN:“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

ARTIKEL BERKAITAN:Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Kembali Tular, Ada Netizen Beri Nasihat - “Jangan Galak Mengata Orang, Masing-Masing Ada Ujian”

ARTIKEL BERKAITAN:“Inilah Peneman Saya” - Keluarga Sentiasa No. 1, Fattah Amin Jadikan Foto Fazura & Fatima Sebagai Wallpaper Telefon Bimbit

#Fattah Amin #Nabil Ahmad #Era #3 Pagi Era #Kaki Kejang #Warm Up
;