HIBURAN
Fattah Amin Terkilan Dakwaan Tak Pedulikan Anak - “Tak Semestinya Setiap Hari Yang Saya Melawat Tu Nak Kena Upload”
Pelakon, Fattah Amin menafikan tuduhan segelintir pihak yang mendakwa dirinya tiada masa untuk melawat anaknya, Nur Fatima Aisya, 4, kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja.
Terkilan dengan dakwaan
Menerusi sedutan video pendek yang dikongsi di hantaran Instagram Fattah Amin Official Fan Team (thefa_team), Fattah mengakui berasa terkilan dengan tuduhan itu seolah-olah dia mengabaikan anak sedangkan perkara tersebut tidak benar sama sekali.“Muat naik di IGs (Insta Story) itu hanya semata-mata saya nak beritahu yang saya ada melawat anak saya.
“Ada yang kata saya sibuk sangat bekerja, buat konten sana sini sampai tak ada masa melawat anak saya.
“Terima kasih yang memahami, jangan salahkan siapa-siapa, jangan salahkan mana-mana pihak dalam hal ini,” jelasnya.“Saya ada melawat anak saya cuma tak semestinya setiap hari yang saya melawat itu saya nak kena muat naik. “Tapi bila dah keluar ayat-ayat yang mengatakan saya ini tak pedulikan Fatima, Fatima tak sihat pun tak pergi tengok, saya terkilan lah dengan benda itu.
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Kongsi Bukan Sebab Nak Buat Konten” - Fattah Amin
ARTIKEL BERKAITAN:Fattah Amin Sayu, Rasa Berbeza Sambut Ramadan Secara Solo - “Anggap Apa Yang Terjadi Ini Adalah Ditakdirkan”
ARTIKEL BERKAITAN:Sering Viral, Fattah Amin Anggap Itu Bayaran Jadi Artis - “Saya Tak Minta Ditularkan Untuk Perkara Yang Tiada Manfaat”
ARTIKEL BERKAITAN:“Itu Mummy Fatima, Tak Patut Orang Komen Bukan-Bukan” - Fattah Amin
ARTIKEL BERKAITAN:Fatima Tetap Manja Bila Berjumpa, Fattah Amin Anggap Luahan ‘Tak Sayang Daddy’ Sebab Merajuk - “Biasa La Budak Umur 4 Tahun, Kita Tak Boleh…”
Dalam perkembangan lain, Fattah tampil dengan drama bersiri terbaharu berjudul Bidaah.Bidaah turut dibintangi oleh Faizal Hussein, Riena Diana, Fazlina Ahmad Daud, Vanidah Imran, Marisa Yasmin, Fathia Latiff, Hasnol Rahmat dan Malia Baby.
Drama 15 episod itu telah pun ditayangkan menerusi platform penstriman Viu pada 6 Mac.
Must-Watch Video