HIBURAN
Fattah Amin Tersasul Sebut ‘Yang’ Pada Amira Othman, Peminat Usik Manja - “Hint Ni Cukup Jelas Ya”
Aktor terkenal Fattah Amin bersama penyanyi jelita Amira Othman sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil sedondon di sebuah festival di Singapura baru-baru ini.
Fattah Tersasul Panggil Amirah ‘Yang’
Namun apa yang lebih mencuri tumpuan ialah apabila Fattah Amin secara tidak sengaja tersasul menyebut perkataan ‘Yang’ pada Amira dalam sesi siaran langsung TikTok (Live).
“Ya Allah, Yang…,” ujar Fattah.
Difahamkan, tindakan spontan tersebut terjadi selepas Fattah terkejut dengan sokongan padu netizen yang memberikan banyak ‘tap tap’ dan ‘gift’ semasa siaran langsung itu.
Kejadian spontan tersebut ternyata mencuit hati peminat apabila Fattah dan Amira saling berpandangan dan terkejut dek kerana reaksi spontan Fattah itu.
Peminat Usik Fattah Kantoi
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat senang melihat keakraban dan kemesraan Fattah dan Amira.
Malah ramai juga yang mengusik manja Fattah dan Amira gara-gara reaksi spontan tersebut.
“Dah laa kantoi, pastu gelak pula, lagi nampak kantoi dia,” komen netizen.
“Tolongla kahwin. Ubat gila aku dah habis ni tolongla,” seloroh netizen lain.
“Okay dengan ini saya mengisytiharkan bahawasanya, hint ini cukup jelas ye,” usik peminat.
“Pandangan mata Amira ..pandangan orang tengah dilamun cinta. Suka sangat kedua ni,” komen netizen lagi.
“Fattah kalau bab kantoi memang bagi kat dia je la. Sudah jangan gula-gulakan kitaorag lagi,” komen netizen.
Terdahulu, Fattah menegaskan hubungannya bersama Amira hanya sekadar kawan dan rakan bekerja.
Malah, Fattah juga memaklumkan dia tidak akan merahsiakan jika sememangnya terdapat majlis pertunangan seperti dakwaan yang timbul sebelum ini.
Must-Watch Video