Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Fattah Tak Pernah Kongsi Masalah Rumah Tangga..." - Iman Tang

Maliah Surip
26/09/2024 23:55 MYT
Kemelut rumah tangga Nur Fazura dan Fattah Amin masih berlarutan selepas permohonan perceraian yang difailkan aktres tersebut ditangguhkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada pagi Rabu.

Fazura, Fattah tak pernah kongsi masalah rumah tangga


Perceraian di antara kedua selebriti terkenal itu ditangguhkan selepas Fattah, 33, belum bersedia melepaskan Fazura, 41, sekaligus mempertahankan perkahwinan yang telah dibina selama tujuh tahun.

Sebagai individu yang rapat dan melihat perjalanan cinta artis di bawah jagaannya, Fazura bersama Fattah, Iman Tang mengatakan pelakon tersebut tidak pernah menghubungi atau meminta nasihat tentang rumah tangga mereka.

Dia juga memberitahu kali terakhir berhubung menerusi telefon dengan Fattah sekitar tiga bulan lalu.

“Fattah tidak pernah kongsi atau minta tolong, nasihat daripada saya.

“Kali terakhir perbualan di telefon adalah tiga bulan lalu kalau tidak silap saya. Tapi tidak bercakap mengenai Fazura. Dia minta nasihat kerja,” kata Iman Tang sewaktu ditemui media di ibu kota.


Malah bintang filem Mat Kilau tersebut tidak juga menghubungi Iman selepas permohonan cerai dilakukan Fazura.

“Selepas insiden (permohonan cerai) juga dia tidak ada hubungi saya. Saya juga tidak hubungi dia. Kalau dia ada tanya mungkin saya boleh bantu,” katanya lagi.


Doakan yang baik-baik


Tambah Iman, sebagai seorang yang telah melihat fasa-fasa percintaan sehingga perkahwinan keduanya, dia juga sedih kerana pengakhiran rumah tangga keduanya bakal berakhir.

“Tidak ada orang harap perceraian ini terjadi. Siapa sangka, Fazura, Fattah dan Fatima nampak sempurna tapi harus berakhir.

“Saya pun sedih sesama Muslim melihat masjid yang dibina runtuh,” katanya yang turut berpesan agar jangan berasa gembira melihat masalah yang menimpa orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN:#LastPictureTaken, Fattah Amin Mohon Doa Yang Baik-Baik - "Daddy Will Always Love You Two"

ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Nekad Mahu Cerai Dengan Fattah Amin Demi Maruah - “Mohon Doakan…”

ARTIKEL BERKAITAN:Dalam Keadaan Tenang, Ini Respons Fazura Mengenai Dakwaan Fattah Amin Curang - “Sebagai Isteri & Ibu, Saya Hanya…”

ARTIKEL BERKAITAN:Tiada Lafaz Cerai Dibuat, Fattah Amin Tegaskan Masih Sayangkan Fazura - “Saya Ada Perasaan, Bukannya Robot”

ARTIKEL BERKAITAN:Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Kembali Tular, Ada Netizen Beri Nasihat - “Jangan Galak Mengata Orang, Masing-Masing Ada Ujian”


Terdahulu kisah Fazura memfailkan perceraian terhadap Fattah pada minggu lalu mencuri tumpuan media massa.

Pasangan yang berkahwin pada tahun 2017 itu mempunyai seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya.
#Fattah Amin #Fazura #Iman Tang
;