Laman Utama

Fauzi Nawawi Betulkan Salah Faham Lisdawati Tak Ada Job Selepas Bertudung - "Tercalar Maruah Saya Sebagai ..."

Asyikin Mayudin
09/08/2023
03:44 MYT
Susulan kenyataan isterinya aktres Lisdawati mengenai tiada tawaran berlakon selama empat tahun selepas mengenakan hijab, pelakon Fauzi Nawawi tampil menjelaskan perkara sebenar.
Fauzi berkata kenyataan itu disalah erti oleh orang ramai disebabkan penggunaan tajuk berita berkenaan dan apa yang dikongsikan isterinya hanya mengenai cabaran yang dihadapi selepas berhijab beberapa tahun lalu.
“Isteri saya ditemu bual tentang situasi artis perempuan yang bertudung kemudian buka dan dia hanya ingin beri inspirasi di mana pada mula-mula dia berhijab dulu, sehingga empat tahun tak ada shooting.
“Namun headline yang dikeluarkan portal tersebut telah disalah erti. Perkara itu berlaku dah lama, bukannya waktu sekarang. Memang saya akui, awal-awal dia bertudung dulu berlaku kejadian tersebut sampai dia rasa sedih.
“Tapi dia ambil ujian itu sebagai cabaran untuk diri sendiri. Setiap kali mendekatkan diri dengan Allah, ada perkara lain yang akan menjauhkan diri dengan-Nya.
“Berkat sabar dia, ada sahaja tawaran yang diterima selepas itu. Isu yang berlaku adalah salah faham sahaja daripada tajuk yang dikeluarkan," jelasnya kepada Gempak.
Fauzi berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem lakonan terbaharunya berjudul Malbatt: Misi Bakara yang diadakan di GSC, IOI City Mall Putrajaya, pada Selasa.
Dalam masa sama, aktor berusia 50 tahun itu akui maruahnya sedikit tercalar selepas membaca berita berkenaan.
"Reaksi isteri saya bila keluar kenyataan sedemikian, dia bersikap biasa sahaja. Malas untuk mengambil serius sangat. Tapi untuk saya sendiri, bila baca tajuk sedemikian, maruah saya tercalar sebagai seorang suami.
"Mustahil bila keluar berita macam itu saya tidak baca. Bila saya baca lagi komen-komen negatif netizen, memang terasa. Masyarakat sekarang pula lebih suka mencerca daripada membaca," tambahnya.
BACA SINI: Tunai Haji, Lisdawati Sempat Titip Pesanan Pada Fauzi Nawawi - "Jaga Anak-Anak, Jaga...."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Noorkhiriah Mohon Maaf Badan Fareez Berbirat Masa Babak Pukul, Fauzi Nawawi Tak Marah - “Tak Apa, Anak Jantan”

gempak
22/06/2024
02:05 MYT
Pelakon, Fauzi Nawawi tidak melenting apabila mengetahui badan anaknya iaitu Fareez berbirat selepas melakonkan babak dipukul bersama aktres, Noorkhiriah.
Hiburan

"Dah Nyanyi Tak Dibayar, Diganti Baju Melayu Saja" - Fareez Fauzi

gempak
27/01/2024
03:55 MYT
Penyanyi dan pelakon, Fareez Fauzi mendedahkan pernah berdepan pengalaman tidak dibayar selepas membuat persembahan beberapa tahun lalu.
Laman Utama

Fauzi Nawawi Respons Isu Harta Digadai & Kereta Pernah Ditarik - “Saya Hanya Perlu Kongsikan…”

gempak
10/08/2023
00:50 MYT
Fauzi nafi dakwaan kereta pernah ditarik.
Laman Utama

#PE3 : Dah Kutip RM16 Juta! Fauzi Nawawi Akui Berbaloi Terbabit Dengan Filem Mega Polis Evo 3

gempak
29/05/2023
06:50 MYT
Memang berbaloi!
Laman Utama

Tunai Haji, Lisdawati Sempat Titip Pesanan Pada Fauzi Nawawi - "Jaga Anak-Anak, Jaga...."

gempak
23/05/2023
03:25 MYT
Lisdawati Tunai Haji Tanpa Suami