Pelakon Faye Kusyairi mengakui tidak suka menonton lakonan sendiri dirinya dalam drama ataupun filem.

Menurut Faye, 30, dia akan merasakan banyak kekurangan dan mampu melakukan lebih baik apabila menonton lakonannya sendiri.

"Sejak awal lagi saya memang tidak suka menonton lakonan sendiri kerana saya tidak mahu berasa selesa dengan hasil lakonan yang telah diberikan.

"Kadang-kadang bila melihat hasil lakonan yang ditayangkan saya mesti fikir bahawa saya sepatutnya perlu lakukan lebih baik daripada apa yang ditayangkan itu.

"Perkara itu secara tidak lagsung membuatkan saya lebih menghargai ilmu dan memperbaiki kekurangan lakonan pada masa depan.

"Jadi saya tidak mahu berasa selesa dan bangga dengan apa yang dilakukan kerana saya akan sentiasa belajar dan menerima ilmu baru daripada pengarah," katanya kepada Astro Gempak.

Faye berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Malam Gala Filem Tombiruo, di MBO The Starling, Damansara, baru-baru ini.

Filem Tombiruo: Penunggu Rimba akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai hari ini, Khamis, 12 Oktober 2017.

Selain Faye, filem ini juga dilakonkan oleh Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Datuk M.Nasir dan Dynas Mokhtar.