gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Mek Yun Teruja Beli Rumah Pertama, Pesan Wanita Perlu Berdikari - “Tak Perlu Duit Suami”
HIBURAN
Majlis Kahwin Bekas Ahli EXO, Tao & Xu Yiyang Bakal Berlangsung Pada Oktober Ini
VIRAL
Berniqab, Menyamar 'Wati' Demi Kahwini Lelaki Pujaan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

TERKINI

Fazley Yaakob Jawab Dakwaan Raf Dah Ada Pengganti Baru - "Saya Rasa Betul Lah.."

Umirah Halim
Umirah Halim
27/03/2024
07:00 MYT
Sponsor Banner
Fazley Yaakob Jawab Dakwaan Raf Dah Ada Pengganti Baru - "Saya Rasa Betul Lah.."
Penyanyi dan cef selebriti Dato Fazley Yaakob menjawab dakwaan mengenai adiknya, Raf Yaakob yang dikatakan sudah mempunyai pengganti baharu selepas baru sahaja setahun bercerai dengan bekas isterinya, pelakon Mawar Rashid.

Keluarga Adalah Pengganti

Fazley, 46, tidak menafikan bahawa Raf sudah mempunyai pengganti baru untuk mengisi kekosongan jiwa adiknya itu.
Namun, pengganti yang dikatakan ini adalah keluarga dan ibu tercinta.
"Saya rasa betul lah Raf ada pengganti baru, sebab pengganti baru dia adalah ibu saya dimana dia menjadi peneman ibu saya di rumah.
"Pengganti tu bagi saya keluarga lah kita lebih banyak luang masa dengan keluarga jadi apabila jiwa dia kosong dia akan gantikan dengan anak-anak dia dan adik beradik semua yang berada di kelilingi dia (Raf)," katanya ketika ditemui Gempak.

Dato Fazley Lancar Produk Wangian

Dato Fazley Yaakob ditemui ketika majlis pelancaran produk terbaharunya di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Hasil kerjasama dengan syarikat bumiputera tempatan ENKÉ Malaysia, Dato Fazley telah memperkenalkan koleksi wangian terbaharu, Pâtissier Pure Parfum, yang dillhamkan dari kemahiran dan seni 'pâtissiers'

Perkongsian Raf Undang Tanda Tanya Netizen

Sebelum ini, perkongsian sekeping gambar wanita bertudung dengan wajahnya ditutup oleh Raf Yaakob di Instagram menimbulkan reaksi yang pelbagai dalam kalangan netizen.
Tidak hanya itu, adik kepada selebriti cef popular Datuk Fazley Yaakob itu turut menulis coretan yang agak panjang mengenai wanita yang baru sahaja dikenalinya itu.
Untuk info, Raf dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Raden Muhammad, 6; Raden Seri Rosabella Cinta, 4; dan Raden Seri Riyanna Sayang, 2.

Berita Trending: Baru Bercerai Hujung Tahun Lalu, Raf Yaakob Dah Jumpa ...

Berita Trending: Fazley Yaakob Beri Sebab Kenapa Tak Hadir Konsert Imran Ajmain
Topic Berkaitan
#Raf Yaakob
#Mawar
#Rashid
#baru
#Pengganti
#Fazley
#Yaakob
#Ada
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement