Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Fazura Menangis, Fattah Amin Sah Lafaz Cerai Talak Satu

Umirah Halim
07/10/2024 03:18 MYT
Selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Isnin.

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.

Pada 13 September lalu, Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiba Di Prosiding Kedua Kes Perceraian, Ini Harapan Fattah-Fazura

ARTIKEL BERKAITAN: “Perkara Ini Akan Dimuktamadkan Secara Baik” - Peguam Fattah Amin

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun Menyepi, Hantaran Fazura Di X Bikin Netizen Kecoh - “Hint Ke Ni?”

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin Dedah Tiada Orang Ketiga, Akui Masih Sayangkan Fazura

ARTIKEL BERKAITAN: 7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

Menerusi sebutan kes permohonan perceraian pertama yang berlangsung pada 25 September, mahkamah meminta pasangan selebriti itu menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.

Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

#Fazura #cerai #Fattah
;