Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Fazura Minum Dua Botol Jus Buah Untuk Penjagaan Dalaman

Muhammad Ridhwan Roslan 22/11/2016 | 06:40 MYT
Pelakon dan penyanyi, Fazura tidak percaya dengan produk kecantikan yang menjanjikan perubahan segera, sebaliknya mengamalkan minuman semula jadi untuk penjagaan dalaman diri.
Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 33, berkata dia mengamalkan minuman jus daripada buah sebenar untuk penjagaan hariannya.
"Apa yang saya amalkan untuk penjagaan kulit dan tubuh badan sekarang adalah minuman cold pressed juice iaitu minuman buah sebenar yang dibekukan.
"Saya lebih suka amalkan minuman atau makanan semulajadi untuk penjagaan tubuh badan saya kerana terus-terang saya tak percaya dengan produk kecantikan sekarang seperti minuman kolagen dan sebagainya.
"Yelah macam mana nak percaya kerana kebanyakkannya kata boleh terus jadi putih dalam masa tiga hari lah, tinggi dalam masa 24 jam lah dan sebagainya.
"Jus adalah vitamin semulajadi yang baik untuk tubuh badan kita kerana tiada pengawet dan melalui proses-proses lain.
"Jadi saya amalkan minum jus dua hingga tiga botol sehari," katanya kepada Astro Gempak ketika ditemui.
Selain amalkan minuman jus, Fazura berkata dia juga mengamalkan minuman detox serta elak minuman berais.
"Saya juga amalkan herbal tea dan honey lemon kerana kita pasti tidak dapat elak untuk makan makanan berminyak setiap hari. Jadi minuman ini boleh membuang minyak-minyak belebihan dalam badan kita.
"Selain itu, elaklah minuman berais kerana daripada aislah punca berat badan naik, kulit kering dan buat kita cepat stress
"Pada saya apa-papa pun semuanya datang dari pemakanan kita. Jika kita tidak menjaga pemakanan kita akhirnya badan kita juga mendapat kesannya," katanya lagi.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#pelakon #Penyanyi #Fazura
;