Pelakon dan usahawan popular, Fazura melahirkan rasa syukur apabila menerima hadiah sebuah potret dirinya sekeluarga daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan isteri, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Norashikin Abdul Rahman pada Rabu.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 39, menyifatkan kurnian hadiah tersebut sebagai sebuah kenangan yang bermakna dan akan diabadikan dalam hidupnya.

“Patik sekeluarga merafak sembah serta menjunjung kasih di atas kurniaan DYMM Tuanku Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor berupa sebuah potret kami sekeluarga yang sangat cantik.

“Patik sekeluarga berasa sangat terharu dan bersyukur di atas kurniaan yang amat bermakna ini. Kenangan ini amat bernilai buat patik sekelurga dan akan diabadikan selamanya,” tulisnya pada kapsyen.

Kehadiran Fazura ke Istana DYMM Sultan Selangor turut ditemani suaminya, aktor Fattah Amin, 32, dan anak perempuanya, Nur Fatima Aisya, 2.

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Dalam pada itu, Fazura turut berkongsi beberapa foto lain di Instagramnya buat tontonan umum.

Sementara itu, ruangan balas milik aktres cantik itu dipenuhi ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan kalangan peminatnya.

Terdahulu, umum sedia maklum, Fazura mempunyai hubungan baik dengan DYMM Tengku Permaisuri Selangor dan pernah menerima hadiah seperti syiling emas, beberapa naskhah buku dan rantai berlian untuk Fatima daripada Baginda Tengku Permaisuri.

BACA: "Saya Akan Simpan Syiling Emas Ni Untuk Fatima" - Fazura Dapat Hadiah Dari Permaisuri Selangor

BACA: Rezeki Fatima, Tengku Permaisuri Selangor Hadiahkan Rantai Berlian Istimewa Sempena 'Birthday'. Mommy Yang Terharu!

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!