Baru-baru ini pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin meraikan sambutan hari lahir pertama puteri kesayangan mereka Nur Fatima Aisya. Berlangsung dalam suasana serba sederhana, ramai yang teruja melihat telatah si comel ini.

Kredit Foto: IG Miss Fazura


Pejam-celik-pejam celik genap setahun kehadiran Fatima mewarnai hidup dan melengkapkan hari-hari Faz dan Fattah sebagai ibu bapa. Cepatnya masa berlalu kan?


Kredit Foto: IG Miss Fazura


Melihat aksi Fatima, keletah si comel ini pasti mengundang geram buat mereka yang sukakan kanak-kanak. Cheekynya dia. Dan oh ya, kek hari jadi Fatima juga tidak kurang uniknya. Dek kerana dia suka mendengar azan dan membaca doa (alahai, comelnya) Faz menempah kek dreamy mosque hasil kreativiti @delectablebysu. Memang cantik!


Kredit Foto: IG Miss Fazura


Lebih istimewa, menerusi perkongsian Faz di IG story adalah bingkisan hadiah yang dikirimkan dari Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Selangor. Turut berkongsi kegembiraan, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menghadiahkan rantai berlian buat Fatima.

Kredit Foto: IG Miss Fazura


Apa yang unik, rantai berlian tersebut ditempah khas dengan loket F mewakili nama Fatima. Bukan sahaja jenamanya sahaja yang cukup eksklusif, tetapi tanda ingatan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin yang buatkan Faz terharu menerima bingkisan buat puterinya.

Kredit Foto: IG Miss Fazura


Pastinya ia menjadi antara hadiah paling bermakna dan takkan dilupakan Faz untuk diceritakan kepada Fatima kelak. Moga Fatima membesar dengan sihat, menjadi anak solehah, menyenangkan semua dan bisa membanggakan kedua ibu ayah tercinta. Happy belated birthday sayang!

Kredit Foto: IG Miss Fazura