Hiburan
Fedtri Yahya Kongsi Detik Cemas Masuk Ke Israel ... "Rasa Macam Ada Orang Intip"
Pengacara Jejak Rasul 2020, Fedtri Yahya akui cemas sepanjang berada di negara Israel untuk membuat liputan tahun lepas.
Cerita Fedtri, dia bersama kru rasa seperti diintip ketika memasuki negara tersebut.
"Nak masuk ke Israel memang susah sampai kena buat permohonan khas terutamanya warganegara Malaysia.
"Walaupun nak masuk Palestin sekali pun, tentera Israel mengawal sepenuhnya terutama imigresen, udara dan matawang.
"Kami mendapat permit khas untuk masuk ke Israel dan mereka tidak mengecop pun pasport kita. Apabila sudah masuk kami melalui satu checkpoint yang panjang.
"Namun, sepanjang di sana rasa macam ada orang intip. Tak hairanlah majoriti di sana tentera Israel malah kawasan kampung di Palestin pun dikawal mereka," cerita Fedtri.
Mengakui Israel bangsa yang penakut, tambah Fedtri tentera di sana sentiasa curiga dengan orang asing yang memasuki kawasan mereka.
"Malah, ada satu kisah menyedihkan berlaku sebelum kami masuk ke sana, seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun ditembak mati tentera Israel ketika sedang mengambil gula-gula. Mereka ingat kanak-kanak itu nak ambil bom," katanya.
Sepanjang di Israel, Fedtri sekali lagi berdepan situasi biadap penduduk di sana ketika berada di sebuah restoran.
"Ketika nak ke Tel Aviv, kami singgah di sebuah restoran. Biasa orang sebut harga Yahudi sebab mahal, ya memang di Israel harga cekik darah!
"Tengok harga makanan semua mahal, jadi kami pesan makanan yang paling murah. Bayangkan nak makan seafood pun sampai beribu-ribu ringgit.
"Apabila nak buat pembayaran, kad saya tidak boleh dibaca dan mereka lempar saja kad saya.
"Itu pengalaman paling kurang ajar," tambah Fedtri.
Bagaimanapun, berbeza akhlak dan kesantunan budi penduduk di negara lain misalnya Turki yang sentiasa ramah dengannya.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video