Tular sebelum ini khabar angin yang mengatakan watak utama drama Hati Yang Dikhianati yang sebelum ini dipegang Amar Baharin bakal digantikan pelakon Fendy Bakri.
Hal itu ekoran hantaran Instagram Fendy sendiri yang seperti memberikan bayangan bakal terbabit dalam naskhah bersiri terbabit.
BACA: Oh No! Fendy Bakri Bakal Sailang Watak Amar Baharin Dalam Hati Yang Dikhianati?
Bagaimanapun, selepas kisah itu tersebar, difahamkan Amar sendiri sudah tidak mengikuti akaun Instagram Fendy.
Adakah mungkin berlaku perselisihan faham antara kedua-dua aktor berbakat ini? Adakah benar Fendy bakal menggantikan Amar sebagai hero drama terbabit?
Jangan lepaskan peluang menyaksikan perkembangan kisah penuh mendebarkan dalam Hati Yang Dikhianati.
Hati Yang Dikhianati mengisahkan Iskandar mengambil keputusan untuk berhenti persekolahannya dan terus bekerja demi membesarkan tiga adik perempuannya selepas kematian bapanya.
15 tahun berlalu, Iskandar kini berkahwin dengan Maria dan tinggal bersama dua orang adiknya iaitu Lisa yang bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital komuniti serta adik bongsunya, Baby yang masih belajar.
Segalanya berubah apabila Lisa menyerang tapak pembinaan di sebelah hospitalnya dan berdepan dengan Zuhri Elyas yang merupakan ketua projek pembinaan tersebut.
Pertemuan mereka secara perlahan membuahkan rasa kasih namun tanpa pengetahuan Lisa, Zuhri Elyas sebenarnya sudahpun bertunang. Dalam masa yang sama dia juga berselingkuh dengan Maria, kakak ipar kepada Lisa sendiri.
Maria pula semakin tertekan ditambah dengan kehadiran adik iparnya Syaz dan suaminya Imran yang terpaksa berpindah ke rumah Iskandar kerana kehilangan kerja.
Perlahan-lahan perjalanan cinta Lisa dan Zuhri ditempuh ranjau.
Hati Yang Dikhianati bersiaran di Astro Prima (saluran 105) pada pukul 6-7 malam, setiap Isnin hingga Jumaat atau strim sekarang di Astro On-Demand.
Amri Hassan
Tue May 25 2021


Awal Nafi Langgar Palang Rumah, Hanya Tolak Pakai Tangan; “Saya Bukan Iron Man”
Langgar ke tolak pagar?

Kaki Karok Memang Patut Tonton Karaoke Superstar, Confirm Menggamit Kalbu! Ada Zamani, Nash, Ameng Spring, Rahmat Mega
Kaki karok confirm suka!

Tom Holland Pernah Rasa Lakonan Teruk? Ini 5 Fakta Menarik Uncharted!
Sewa & strim sekarang!

Ruhainies Tak Mahu Jaja Kisah Mr E Lagi - "Biar Saya & Keluarga Saja Yang Tahu"
Ruhainies nak fokus kerjaya.

“VVIP Makan Tepi Jalan?”- Layan Laksa Kampung Baru, Datin Paduka Eina Azman Dipuji Ramai! Humble Betul!
Eina juga tanpa berkira terus memberi...

Yuna Sedih Anak Saudara 17 bulan Meninggal Akibat Covid-19 Selepas 12 Jam Bertarung Nyawa
Innalilah...

“Maki-Maki Lepas Tu Minta Maaf Pada Saya” - Penangan Datin Mona, IG Ziema Din Pernah Kena Serang
Memang betul-betul buat orang benci Datin Mona ni.

Awal Ashaari Didakwa Lakukan Khianat Rosakkan Palang Pagar
Pengacara popular, Awal Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur pada Selasa terhadap pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan.

“Makan Dengan Siapa Tu?”- Kantoi Dating, Ramai Gadis Frust Dengan Sufian Suhaimi Pula
Sufian Suhaimi dating dengan siapa tu?
.png?ext=.png)
We Tried The Longest Zip Coaster Ride in the World at ESCAPE Penang
Officially their second Guinness Book of Records feat!